Utama Microsoft Microsoft rancang perkenalkan PC Windows 11 Bajet bersama-sama Iklan dan Pelan Langganan

Microsoft rancang perkenalkan PC Windows 11 Bajet bersama-sama Iklan dan Pelan Langganan

417
0
Windows Xbox PC Game Subscription Plan
Microsoft pernah menawarkan pelan langganan untuk perkhidmatan XBox PC (Gambar Hiasan)

Microsoft kebelakangan ini kian galak memaparkan iklan untuk perkhidmatannya di dalam perisiannya. Paling ketara buat masa ini iklan berkaitan dengan langganan Microsoft 365 dan pelayar Microsoft Edge.

Terkini, Microsoft dilaporkan sedang membangunkan model perniagaan yang lebih menumpukan pada langganan perkhidmatan Microsoft untuk peranti Windows berharga bajet bersama-sama dengan iklan.

Menurut laporan dari WinBuzzer, Microsoft telah mengeluarkan pemakluma

n jawatan kosong Pengurus Kejuruteraan Perisian Prinsipal. Di dalam pemakluman tersebut, dinyatakan Microsoft kini sedang mengusahakan satu model yang membolehkan PC-PC bajet dapat diwujudkan menerusi iklan dan langganan.

Microsoft ke arah penyelesaian awanan dan web

Sungguhpun pernyataan tersebut tidak lagi dimasukkan lagi di dalam pemakluman tersebut, tujuan sebenar perjawatan tersebut yang menumpukan pada kaedah penyelesaian berasaskan awanan dan web masih lagi jelas diutarakan. Berikut adalah keterangan tugas perjawatan tersebut:

Are you passionate about shaping the future of personal computing? Do you have the passion and experience to build and lead a new engineering team to explore Web and cloud experiences on Windows?

The Windows Incubation team is chartered to explore new concepts for Windows in a cloud- and web-first world.

Our team is looking for an exceptional Engineering Manager to build and lead a talented team of passionate engineers. You will work on innovative Web and platform technologies to prototype and explore new experiences. You and your team will partner with Product Management and Design to ideate and build new experiences aligned with the mission to drive cloud first experiences into Windows, create prototypes to validate early thinking, and use on-going customer data and research to validate our ideas. You will be responsible for defining architectures, engineering plans and processes in your team that drive quality and agility and move the team from ideation to shipping. You will play a key leadership role in defining and promoting an inclusive team culture with the best engineering practices to deliver experiences with quality and customer love. If you are that person, contact us!

Berdasarkan perkembangan terkini terutamanya melibatkan Microsoft 365 dan Windows, langkah yang dibuat oleh Microsoft ini tidak begitu mengejutkan. Windows 10 dan Windows 11 ditawarkan sebagai naik taraf percuma dengan kos pembangunannya diserap melalui galakkan kepada pengguna untuk melanggan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Microsoft.

Tidak pasti sama ada Microsoft akan meneruskan langkah ini kerana ia berpotensi mencetuskan kontroversi dan ia perlu lebih diperhalusi lagi supaya tidak menjadi sama dengan nasib Fire Phone dari Amazon.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.