Utama Android Samsung Samsung Galaxy S23 dijangka dilancarkan pada awal Februari 2023, cip Snapdragon mungkin...

Samsung Galaxy S23 dijangka dilancarkan pada awal Februari 2023, cip Snapdragon mungkin digunakan pada semua Model

536
0
Samsung-Galaxy-S23-render
Imej pengolokan dari OnLeaks

Samsung dijangka akan melancarkan siri telefon pintar Galaxy S23 pada minggu pertama bulan Februari, menurut laporan terkini dari media berbahasa Korea Chosun. Selain itu, telefon pintar mercu baharu keluaran Samsung yang akan datang ini juga akan menggunakan cipset yang sama untuk semua variannya di seluruh dunia.

Desas-desus mengenai penggunaan cipset Qualcomm Snapdragon untuk semua varian global Galaxy S23 telah pun diperkatakan sejak beberapa bulan yang lalu. Kini, berdasarkan pengumuman pendapatan suku keempat dari Qualcomm telah mengesahkannya.

Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Qualcomm Akash Palkhiwala menjangkakan permintaan yang tinggi selepas pertengahan tempoh sukuan pertama 2023 yang seiring dengan bulan pertama siri Galaxy S23 mula dijual.Qualcomm Snapdragon

Beliau juga menyatakan Qualcomm menjangkakan kenaikan dari 75% jumlah keseluruhan cipset untuk siri Galaxy S22, kepada 100% untuk siri Galaxy S23 kelak.

Ketiga-tiga siri Galaxy S23 (S23, S23+ dan S23 Ultra) telah melepasi ujian penanda aras Geekbench yang dikatakan kesemuanya menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2.

Samsung Galaxy S23
Imej pengolokan dari OnLeaks

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cristiano Amon mengesahkan kerjasama jangka masa panjang dengan Samsung akan membawakan cipset Snapdragon ke semua telefon pintar Samsung Galaxy premium di seluruh dunia.

Siri Samsung Galaxy S22 pada tahun ini menawarkan dua jenis cipset mengikut pasaran, sama ada Qualcomm Snapdragon atau Samsung Exynos. Pengguna Samsung Galaxy S22 di Malaysia menerima varian yang menggunakan Snapdragon.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.