Utama Android Oppo Info spesifikasi OPPO Find X6 Pro tertiris; Akan hadir dengan Snapdragon 8...

Info spesifikasi OPPO Find X6 Pro tertiris; Akan hadir dengan Snapdragon 8 Gen 2, Skrin OLED 2K

249
0
OPPO Find X5 Pro Malaysia
OPPO Find X5 Pro (Gambar hiasan)

Maklumat spesifikasi utama OPPO Find X6 dilaporkan telah tertiris yang mendakwa telefon pintar berkenaan mungkin akan hadir dengan skrin OLED 6.7-inci beresolusi 2K dengan kadar penyegaran semula 120Hz.

Menurut info dari pentiris maklumat tegar di Twitter, Yogesh Brar, telefon pintar mercu keluaran OPPO berkenaan juga mungkin akan hadir dengan kamera hadapan 32MP. Selain itu, pada bahagian belakangnya menawarkan tri-kamera dengan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera zoom 50MP. Dikatakan, kamera utama tersebut menggunakan sensor Sony IMX989.

Menariknya, kamera tersebut juga mungkin akan menampilkan Penalaan Khas dari Hasselblad. Penawaran ini tidak mustahil bakal disediakan memandangkan OPPO pernah menjalinkan usahasama dengan Hasselblad menerusi OPPO Find X5 Pro yang dilancarkan pada tahun ini. OPPO Find X6 Pro juga dikatakan akan menampilkan sensor utama sebesar 1-inci.

Pemprosesannya pula dijangka akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 2 yang akan disokong oleh pilihan RAM 8GB atau 12GB bersama-sama pilihan storan dalaman sama ada 128GB, 256GB atau 512GB.

Telefon pintar baharu keluaran OPPO ini nanti juga akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh bersama-sama sokongan pengecasan pantas 100W dan pengecasan secara nirwayar sehingga 50W. Untuk perisiannya pula, telefon pintar ini mungkin akan menggunakan ColorOS 13 yang berasaskan Android 13.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.