Home Mobile Aplikasi Mesej OTP bakal dipadamkan secara automatik oleh Google Messages

Mesej OTP bakal dipadamkan secara automatik oleh Google Messages

17
0

Google dilaporkan sedang mengusahakan kaedah memadam mesej-mesej kata laluan sekali (one time password, OTP) secara automatik dari peranti pengguna selepas 24 jam.

OTP merupakan kata laluan yang dihantar ke peranti selepas pengguna melog. masuk atau mendaftar sesuatu perkhidmatan di internet. Mesej berkenaan tidak lagi diperlukan selepas digunakan dan ianya akan kekal di dalam peti masuk mesej sehinggalah ianya dipadamkan oleh pengguna.

Pelaksanaan kemaskini ini bakal membolehkan peranti pengguna memadam secara automatik mesej-mesej OTP yang tidak diperlukan melalui aplikasi Google Messages. Bagaimanapun, sistem akan mengajukan pertanyaan kepada pengguna sebelum ianya dipadamkan secara automatik.

Kemaskini ini dilaporkan sedang di dalam peringkat pengujian buat masa ini. Tidak dapat dipastikan sama ada pihak Google akan menerbitkan kemaskini ini atau tidak dalam masa yang terdekat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.