Home Komputer Sistem Operasi Jangan pasang Kemaskini Windows 10 untuk driver terbaru ini

Jangan pasang Kemaskini Windows 10 untuk driver terbaru ini

19
0

Kemaskini terbaru Windows 10 yang baru diluncurkan oleh Microsoft dilaporkan mengandungi driver-driver lama dan lapuk yang boleh mengganggu kefungsian sesebuah perkakasan.

Sesetengah pengguna melaporkan terdapat kemaskini driver yang menyenaraikan “Intel – System” yang telah ‘backdated‘ ke kemaskini 1968. Namun, kemaskini berkenaan telah dikemaskini melalui kemaskini Windows 10 2004 pada bulan ini.

Kemaskini driver yang dimaksudkan oleh diketemukan melalui panel tetapan ‘Optional Updates’. Sesetengah pengguna turut menyatakan sesetengah kemaskini driver versi terdahulu turut muncul walaupun sudah memasangkan dengan kemaskini driver yang terkini.

Driver-driver diperlukan bagi membolehkan perkakasan berkomunikasi secara berkesan dengan sistem operasi, termasuk Windows 10.

Memasang kemaskini versi yang sudah ketinggalan boleh memberikan kesan terhadap fungsi sesebuah perkakasan. Malah, ada kemungkinan ianya boleh menyebabkan ianya langsung tidak dapat digunakan.

Bagi pengguna yang terkesan akibat dari pemasangan kemaskini pilihan ini, anda boleh cuba memulihkannya dengan memasang kemaskini terkini dari laman rasmi pengeluar perkakasan yang terlibat.

Selain itu, pengguna juga boleh cuba melakukan “Roll Back Driver” pada perkakasan terlibat melalui Device Manager.

Kredit imej: Joel Khalili

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.