Utama Mobile Telco Menteri Kewangan: SST Tambah Nilai Prabayar dikecualikan bermula esok, 6 September

Menteri Kewangan: SST Tambah Nilai Prabayar dikecualikan bermula esok, 6 September

798
0

Rakyat Malaysia tidak perlu membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk perkhidmatan tambah nilai prabayar mudah alih bermula esok, menurut kenyataan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebentar tadi.

Pihak Kementerian telah pun mengarahkan supaya seluruh perkhidmatan prabayar mudah alih oleh syarikat telekomunikasi dikecualikan dari SST.

Pengecualian ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 yang akan dikuatkuasakan bermula esok, 6 September 2018.

Melalui pengecualian cukai ini, pengguna bakal menerima nilai tambah nilai sepenuhnya memandangkan SST sememangnya tidak dikenakan untuk perkhidmatan berkenaan.

Pihak Kementerian Kewangan juga menggesa syarikat-syarikat telekomunikasi untuk bertindak segera dan mematuhi arahan pengecualian SST terhadap pengguna perkhidmatan prabayar.

Sumber berita dan imej diperoleh dari NST

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.