Utama Mobile Android Xiaomi Mi Mix 3 akan menyokong rangkaian 5G, tarikh pelancaran ditetapkan pada...

Xiaomi Mi Mix 3 akan menyokong rangkaian 5G, tarikh pelancaran ditetapkan pada Oktober ini

849
0

Selepas Xiaomi Mi Mix 2 menerima sambutan yang baik dari pengguna, terbaru telah diberitakan bahawa Xiaomi bakal memberikan beberapa kejutan melalui Mi Mix 3 pula.

Selepas mendedahkan imej pengolokan peranti mercu terbaru tersebut pada minggu lepas, kali ini pula didedahkan dengan keupayaan sokongan rangkaian 5G peranti berkenaan.

Pengarah Pengurusan Produk Xiaomi, Donovan Sung telah menunjukkan foto telefon pintar berkenaan dan kelihatan ianya mampu menggunakan rangkaian 5G.

Menurut beliau, kelajuan yang dicapai ini merupakan 10 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan kelajuan pada rangkaian 4G.

Bagaimanapun, prestasi rangkaian 5G amat bergantung dengan tahap kualiti yang disediakan oleh penyedia rangkaian dan berkemungkinan besar, kelajuan yang bakal diterima mungkin tidak sama seperti yang didapati dari ujian berkenaan.

Berdasarkan foto berkenaan, didapati telefon pintar berkenaan turut diuji dengan jalur-jalur rangkaian yang berbeza.

Mi Mix 3 dikatakan bakal dilancarkan sekitar bulan Oktober ini dan jika ianya benar-benar dapat direalisasikan, telefon pintar berkenaan bakal menjadi antara yang terawal dilengkapi dengan keupayaan 5G, menyaingi apa yang sedang diusahakan oleh Motorola, Huawei dan LG.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.