Utama Mobile Telco Melaka akan diberikan keutamaan rangkaian 5G – Tan Sri Annuar Musa

Melaka akan diberikan keutamaan rangkaian 5G – Tan Sri Annuar Musa

Program ‘PoP Fiberisation’ mesti diberikan keutamaan yang tinggi dan pada masa ini di bawah program Jalinan Digital Negara (Jendela) seluruh Melaka kena tambah 35 lagi menara," - Tan Sri Annuar Musa

33
0

Melaka akan diberikan keutamaan dalam penyediaan rangkaian 5G kelak. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, hal ini menjadi keperluan memandangkan negeri tersebut merupakan tarikan pelancong, selain mempunyai ramai pelabur.

Sebelum perkhidmatan 5G ini dimulakan, rangkaian 4G sedia ada akan diperkasakan dan dilengkapkan menerusi program ‘Point of Presence (PoP) Fiberisation’, tambah beliau lagi.

“Saya fikir Melaka harus menjadi kawasan keutamaan pertama dari segi melengkapkan 4G di Melaka, program ‘PoP Fiberisation’ mesti diberikan keutamaan yang tinggi dan pada masa ini di bawah program Jalinan Digital Negara (Jendela) seluruh Melaka kena tambah 35 lagi menara.

“Sekiranya ada di kawasan tertentu yang memerlukan menara tambahan saya akan berikan keutamaan kerana Melaka adalah negeri pelancongan, negeri yang banyak pelabur luar yang melabur di kilang-kilang dan perusahaan.

“…di Melaka juga ada kemudahan prasarana termasuk pelabuhan dan juga lapangan terbang…ini bermakna Melaka memerlukan 5G,”

Menurut beliau lagi, pelaksanaan PoP Fibersation untuk sekolah dan industri serta kawasan 5 kilometer di sekitarnya mampu merancakan pertukaran dari sistem pendawaian tembaga kepada sistem gentian optik.

Beliau turut menyatakan sebelum ini telah mengadakan lawatan mengejut secara rawak di beberapa lokasi bagi meningkatkan capaian internet di Melaka. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi juga telah diminta untuk memasang ‘booster’ berikutan penggunaan yang semakin tinggi di banyak lokasi.

“Jadi kita perlu melihat kepada penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang. Untuk jangka pendek saya minta kerjasama SKMM dan telco untuk memasang ‘booster’ seberapa banyak di Melaka sebab calon-calon semua bergantung kepada kempen secara dalam talian.”

Kelebihan rangkaian 5G

Kelebihan utama rangkaian 5G adalah pada transmisi yang lebih pantas dan kependaman (latency) yang lebih rendah. Jika dibandingkan dengan 4G, lebar jalur rangkaian 5G adalah jauh lebih besar. Ia seterusnya meningkatkan kapasiti pelaksanaan kawalan jarak jauh, dan juga bilangan peranti bersambung yang lebih banyak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.