Utama Mobile iOS Apple sedang siasat laporan masalah iPhone 8 terkopak

Apple sedang siasat laporan masalah iPhone 8 terkopak

1199
0

Apple kini sedang menyiasat berkenaan laporan iPhone 8 yang didapati terkopak sebaik sahaja pengguna memperolehinya. Sekurang-kurangnya dua orang pemilik telah melaporkan iPhone 8 milik masing-masing telah terkopak. Salah seorang daripada mereka mendapati peranti yang dibeli terkopak sebaik sahaja membuka kotak.

Seorang pemilik iPhone 8 dari Taiwan telah melaporkan telefon pintar beliau didapati terkopak sewaktu sedang mengecasnya. Media melaporkan pemilik telefon pintar berkenaan menggunakan kabel dan adapter kuasa rasmi dari Apple dan bukannya menggunakan perkakasan dari pihak ketiga.

Manakala seorang lagi pembeli iPhone 8 dari Jepun pula mendapati panel paparan telefon pintar berkenaan telah pun terkopak sebaik sahaja beliau membukanya dari kotak. Foto-foto masalah peranti yang terkopak tersebut telah pun dikongsikan melalui akaun media sosial pembeli telefon pintar berkenaan.

Pihak Apple memberitahu akan menyiasat tentang laporan ini dan percaya bahawa masalah ini berpunca daripada baterinya. Syarikat berkenaan berpendapat mungkin ada sebab tertentu mengapa bateri-bateri pada telefon-telefon pintar itu membengkak. Setakat ini, masalah-masalah yang dilaporkan dari pembeli tersebut mungkin tidak akan membahayakan keselamatan pengguna.

Agak sukar untuk kita memastikan sejauh mana masalah-masalah yang dilaporkan ini bakal mengakibatkan timbul pula masalah-masalah lain yang akan menjadikan keadaan lebih buruk. Setakat ini jumlah masalah yang dilaporkan masih lagi kecil dan mungkin sahaja ia diakibatkan oleh masalah bateri berkenaan tidak dapat diketemukan sewaktu proses kawalan kualiti (Quality Control, QC) di kilang-kilang pengeluarannya.

Bateri-bateri Lithium-Ion diketahui boleh menggelembung dalam keadaan-keadaan tertentu dan masalah-masalah yang dilaporkan ini bukanlah sesuatu jarang berlaku pada bateri-bateri peranti.

Sumber berita diperoleh dari The Independent, Imej dari iFeng

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.