Penyedia perkhidmatan tempahan makanan, FoodPanda tidak dapat diakses buat sementara waktu ini. Berdasarkan ciapan yang dihantar menerusi akaun rasmi Twitternya, masalah ini disebabkan oleh gangguan teknikal.

Sebelum ini platform berkenaan didapati menghadapi masalah yang melibatkan pembayaran di dalam sistemnya. Menerusi notifikasi yang dipaparkan di dalam aplikasi, FoodPanda telah meminta penggunanya supaya hanya memilih ‘Cash on Delivery’ sahaja sebagai kaedah pembayaran.

Hal sebegini pastinya memberikan kesukaran kepada sesetengah pengguna yang terpaksa bergantung pada platform ini untuk mendapatkan makanan siap bermasak dan barangan keperluan.

Setakat ini pihak FoodPanda menyatakan pihaknya sedang berusaha membaiki masalah yang sedang dihadapinya secepat mungkin.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.