Electronic Arts (EA) telah menjadi mangsa serangan siber yang melibatkan sejumlah data yang besar meliputi kod sumber permainan dan enjin grafik, serta alatan pembangunan dalaman.

Insiden serangan tersebut telah disahkan oleh pihak EA kepada portal Vice berikutan laporan dari portal tersebut yang memperincikan pencerobohan data sebesar 780GB.

Berdasarkan laporan tersebut, penyerang tersebut telah mengiklankan data-data yang dicuri di dalam forum penggodam bawah tanah untuk mencari pembeli yang berminat.

Data tersebut masih lagi belum disebarkan dengan meluas setakat ini, namun penggodam tersebut dikatakan telah berkongsikan tangkapan layar bagi membuktikan kesahihan data-data yang telah dicurinya.

Antara data-data yang dicuri termasuklah kod sumber FIFA 21, Frostbite Engine, (yang digunakan untuk membangunkan Battlefield, FIFA, Madden, Star Wars dan lain-lain francais EA) kerangka kerja proprietari dan SDK.

Pun begitu, EA segera mengesahkan tiada data-data pemain yang dapat diakses di dalam insiden serangan berkenaan.

“We are investigating a recent incident of intrusion into our network where a limited amount of game source code and related tools were stolen. No player data was accessed, and we have no reason to believe there is any risk to player privacy. Following the incident, we’ve already made security improvements and do not expect an impact on our games or our business. We are actively working with law enforcement officials and other experts as part of this ongoing criminal investigation.”

EA bukanlah satu-satunya syarikat permainan berkomputer yang menjadi mangsa serangan siber. Tidak berapa lama sebelum ini, Capcom dan CD Projekt juga turut menjadi sasaran serangan oleh kumpulan-kumpulan penggodam yang mengakibatkan pencerobohan data yang besar.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.