Utama Mobile Android Lenovo dedahkan Lemon 3 (RM465), saingan kepada Xiaomi Redmi 3

Lenovo dedahkan Lemon 3 (RM465), saingan kepada Xiaomi Redmi 3

817
0

Lenovo hadir dengan telefon pintar model terbaru, Lemon 3 yang dijual pada harga mampu milik dengan keupayaan yang mengagumkan dari sudut telefon pintar Android berharga bajet. Terdahulu, Xiaomi turut memperkenalkan telefon pintar bajet yang hampir sama dengan spesifikasi yang baik.

Diperkenalkan di China, Lenovo Lemon 3 dijual pada harga 699 Yuan dan dijangkakan InsyaAllah harga telefon pintar ini akan dijual di Malaysia pada harga bajet sekitar RM 465.

Seperti mana Xiaomi Redmi 3, Lenovo Lemon 3 hadir dengan kerangka logam dengan dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 616 dan memori 2 GB RAM. Lenovo Lemon 3 turut tampil dengan storan dalaman 16 GB dan seperti biasa ianya boleh dipertingkatkan jumlah ruangan storannya melalui sokongan kad mikro SD. Baterinya juga boleh tahan dengan kapasiti 2750 mAh. Namun, ia tidaklah sebesar sebagaimana kapasiti bateri Xiaomi Redmi 3 yang memiliki jumlah kapasiti sehingga 4,100 mAh.

Bagaimanapun, telefon pintar bajet keluaran Lenovo ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri jika dibandingkan dari sudut paparan di mana paparannya lebih jitu melalui resolusi paparan 5.0 inci dengan 1920 x 1080 IPS. Berbanding Xiaomi Redmi 3, resolusi maksimumnya hanya mencapai 720p pada paparan yang sama iaitu 5.0 inci.

Lain-lain spesifikasi, Lenovo Lemon 3 memiliki kamera belakang 13 megapiksel, kamera depan 5 megapiksel, speaker stereo pada bahagian belakangnya, sokongan sambungan LTE dan juga sokongan dwi kad SIM.

Sehingga kini masih tiada berita mengenai sama ada telefon pintar Lenovo ini akan dijual di negara lain selain dari China.

-Sumber berita diperoleh dari Lenovo

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.