Lenovo telah melancarkan Yoga Book 9i secara rasmi di Malaysia, dan ia merupakan laptop OLED dual-skrin penuh pertama di dunia. Yoga Book 9i adalah peranti premium yang mempunyai paparan dwi-skrin sentuh OLED 13.3-inci. Laptop dwi-skrin ini didatangkan dengan papan kekunci boleh tanggal dan berharga dari RM9,149 di Malaysia.
Yoga Book 9i dikuasakan oleh pemprosesan Intel Core i7-1355U dan RAM LPDDR5X16GB. Ia juga mempunyai ruang storan SSD M.2 PCIe Gen4 dengan pilihan konfigurasi sehingga 1TB. Laptop yang dioperasikan dengan Windows 11 Home ini turut menawarkan aksesori pena Lenovo Digital Pen (Gen 3).
Selaku laptop dwi-skrin penuh OLED 2,8K pertama di dunia, Yoga Book 9i turut didatangkan dengan aksesori seperti papan kekunci Bluetooth, cagak folio Tidal Teal selain dari pena stylus Lenovo Digital Pen. Ia juga menyokong Dolby Vision dan Dolby Atmos serta WiFi 6E dan Bluetooth 5.2 untuk ketersambungannya.
Yoga Book 9i adalah pilihan yang hebat untuk sesiapa yang mencari laptop premium dengan reka bentuk yang unik dan sarat dengan pelbagai fungsi. Untuk baterinya, laptop ini mampu bertahan sehingga 15.5 jam bagi penggunaan satu skrin memainkan video. Manakala penggunaan dwi-skrin untuk main semula video pula ia mampu bertahan sehingga 10 1/2 jam.
Spesifikasi Lenovo Yoga Book 9i
- Dwi-paparan skrin sentuh OLED 13.3-inci
- Pemproses Intel Core i7-1355U
- RAM LPDDR5X 16GB
- Ruang storan sehingga 1TB SSSD M.2 PCIe Gen4
- Windows 11 Home
- Reka bentuk versatil
- Hayat bateri sehingga 15.5 jam untuk satu skrin, 10.5 jam untuk dwi-skrin
Maklumat lanjut, layari Lenovo Malaysia