Utama Internet Mahkamah Eropah benarkan majikan pantau akaun peribadi media sosial, permesejan segera pekerja

Mahkamah Eropah benarkan majikan pantau akaun peribadi media sosial, permesejan segera pekerja

937
1

Hampir kebanyakan orang menggunakan akaun permesejan segera dan media sosial milik masing-masing semasa di tempat kerja dan menganggap ianya boleh digunakan secara tertutup dari pengetahuan majikan. Namun begitu, menurut undang-undang Mahkamah Hak Asasi Manusia (Eropah European Court of Human Rights, ECHR) hari ini ia bukanlah sesuatu yang boleh dipertahankan dan majikan dibenarkan untuk mengetahui isi kandungan medium komunikasi pekerja-pekerja mereka.

Hari ini, ECHR mengeluarkan perintah bahawa tindakan sebuah syarikat di Romania yang memantau mesej akaun Yahoo Messenger pekerjanya adalah sah di sisi undang-undang. Rasionalisasi keputusan tersebut adalah majikan mempunyai hak untuk mengetahui sama ada pekerja-pekerja mereka benar-benar menyiapkan tugasan-tugasan hakiki yang diberikan.

Pekerja berkenaan Bogdan Mihai Bărbulescu, mendakwa akaun Yahoo Messenger berkenaan diwujudkan bagi tujuan kegunaan peribadi dan bukan untuk kegunaan rasmi di tempat kerja beliau.

Bagaimanapun, majikan beliau mendapati keadaan adalah sebaliknya dan memberikan kepada beliau transkrip 45 halaman mesej-mesej peribadi beliau selama seminggu di tempat kerja.

Bărbulescu diberhentikan kerja pada tahun 2008 sebaik sahaja didapati bersalah oleh majikan beliau dan kemudian beliau telah mencabar kes ini ke mahkamah atas sebab melanggar hak asasi. Bagaimanapun, kes beliau telah digugurkan kerana beliau telah menandatangani kebenaran untuk dipantau apabila menggunakan peralatan pejabat.

Keputusan yang dikeluarkan hari ini mampu memberikan kesan yang besar terhadap cara bagaimana majikan menguruskan pengasingan antara akaun peribadi media sosial dan akaun rasmi untuk kerja yang digunakan luar dari pejabat.

Bagaimanapun, memandangkan kes ini diuruskan dari sudut interpretasi yang salah di antara akaun peribadi dengan akaun kerja, berkemungkinan besar ianya tidak akan memberikan kesan terhadap penggunaan permesejan segera dan akaun media sosial peribadi di luar waktu pejabat para pekerja.

-Sumber berita diperoleh dari ECHR

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.