Utama Android Infinix Telefon pintar Infinix Smart 6 akan dilancarkan di Malaysia pada harga RM369...

Telefon pintar Infinix Smart 6 akan dilancarkan di Malaysia pada harga RM369 sahaja

945
0

Infinix akan melancarkan telefon pintar peringkat pemula terbarunya, Smart 6, telefon pintar berharga mampu milik yang berharga cuma RM369 sahaja. Telefon ini menggunakan antaramuka XOS 7.6 yang berasaskan Android 11 Go Edition dan mengetengahkan ciri bateri yang tahan lama.

Terlebih dahulu, telefon pintar bajet bawah RM500 ini mempunyai paparan IPS 720p 6.6-inci dengan takuk yang menempatkan kamera hadapannya. Infinix Smart 6 ini juga menggunakan cipset Unisoc SC9863A dengan storan 32GB dan RAM 2GB. Ia turut menawarkan slot kad mikroSD yang boleh diperluaskan sehingga 512GB.

Kapasiti baterinya sebanyak 5,000mAh ini dikatakan mampu memainkan video untuk tempoh sehingga 23 jam tanpa henti. Telefon yang boleh dicaskan melalui port mikroUSB pada sebelah bawahnya ini bagaimanapun tidak menyatakan kadar pengecasannya.

Untuk fotografi, telefon ini menyediakan tetapan dwi-kamera pada bahagian belakangnya yang mengandungi kamera 8MP dan kamera berkedalaman 0.8MP. Turut disediakan dwi-flash bagi tujuan sokongan pencahayaannya. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 5MP.

Terdapat ciri keselamatan disediakan pada Infinix Smart 6 melalui pengimbas cap jari pada bahagian belakangnya, serta pengecaman wajah melalui penggunaan kamera hadapannya. Tidak ketinggalan, telefon ini turut menyediakan sebuah pembesar suara yang ditempatkan pada bahagian bawah bersebelahn dengan port mikroUSB.

Infinix Smart 6 mula dijual pada 4 April ini menerusi kedai rasminya di Shopee dan Lazada . Untuk waktu terhad, telefon bajet ini boleh didapati pada harga RM329 dan hadir dengan piliha warna Purple (Ungu), Ocean Blue (Biru Samudera), Light Sea Green (Hijau Laut Lembut), dan Polar Black (Hitam Kutub).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.