Utama Teknologi Kecerdasan Buatan Krenovator Melancarkan AI Career Profile Untuk Perkhidmatan Pengambilan Pekerja Jarak Jauh

Krenovator Melancarkan AI Career Profile Untuk Perkhidmatan Pengambilan Pekerja Jarak Jauh

38
0

Kuala Lumpur, 14 September 2023 – Krenovator Technology Sdn. Bhd. melancarkan ciri baharu yang dikenali sebagai AI Career Profile untuk pembangun perisian di semua peringkat kemahiran yang mencari pekerjaan secara jarak jauh atau “remote work”, di dalam platformnya. Boleh diguna secara percuma, ciri baharu ini menggabungkan tiga elemen utama – ringkasan latar belakang pencari kerja, penilaian kesihatan mental dan “psychological capital” (PSYCAP) mereka – ke dalam satu profil sahaja.

Profil jenis baharu ini memenuhi jurang yang ada dalam kebanyakan resume dengan memberikan gambaran yang lebih holistik seseorang pencari kerja. Ia menggunakan AI untuk menghasilkan ringkasan latar belakang setiap pencari kerja secara automatik berdasarkan data yang mereka serahkan – butiran peribadi, pengalaman kerja, set kemahiran, dan projek teknikal.

Krenovator pula akan berkongsi profil pencari kerja itu dengan majikan jika ia sepadan dengan keperluan majikan, untuk dipertimbangkan.

Mahadhir Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Krenovator berkata, “Kami sedar ada banyak cabaran dihadapi oleh pencari kerja dan majikan. AI Career Profile kami menawarkan pembangun perisian satu pendekatan atau cara lebih baik untuk mudah mereka mendapat perhatian sambil memberikan majikan informasi berguna mengenai kesesuaian setiap calon kerja jarak jauh. Ringkasan yang disertakan dalam setiap profil sangat berguna untuk bantu tingkatkan kecekapan staf yang bertanggungjawab meneliti setiap permohonan lebih-lebih lagi bila berdepan dengan jumlah calon yang ramai.”Krenovator Mahadhir Yunus Calvin Lim

Matlamat Krenovator adalah untuk mempertingkatkan lagi proses pengambilan pekerja jarak jauh supaya ia dapat dilakukan dalam masa beberapa hari sahaja, dan bukannya bulan.

Mengulas mengenai penggabungan info keseluruhan kesihatan mental dan penilaian PSYCAP dalam satu dokumen permohonan pekerjaan, Mahadhir berkata, “Ini bermanfaat untuk majikan. Mereka boleh pilih calon yang sesuai dengan keperluan jawatan dan yang sejajar dengan budaya syarikat, dengan lebih cekap!”

Kedua-dua penilaian kesihatan mental dan PSYCAP dilakukan di platform Krenovator.

Krenovator telah membantu pembangun perisian jarak jauh dari Malaysia dan Indonesia dalam mendapatkan pekerjaan atau projek “outsourcing” dengan majikan dari Malaysia, Singapura, dan United Kingdom.

Platform dalam taliannya telah menarik lebih daripada 20,000 pengguna dari pelbagai negara yang menggunakan AI Coding Assistant, AI CV Maker, dan lain-lain.

“Sejak dilancarkan pada 2022, platform dalam talian Krenovator telah menarik minat ramai pencari kerja. Kami pasti berikan perhatian pada hal ini, dan itulah sebabnya kami terus perkasakan platform dan perkhidmatan kami untuk bantu pembangun perisian yang berkelayakan mendapatkan kerja jarak jauh,” jelasnya.

“Kami harap dapat bina Krenovator sebagai platform utama untuk pengambilan pekerja jarak jauh pada skala global,” Mahadhir berkongsi visinya.

Artikel sebelum iniXiaomi secara rasminya akan melancarkan siri Redmi Note 13 Pro pada 21 September 2023
Artikel seterusnyaUOB Malaysia pertingkat UOB Infinity, platform perbankan digital perniagaannya, dengan keupayaan pengurusan rantaian bekalan kewangan baharu
Terus dari meja pengarang berita Harian Teknologi. Akhbar teknologi nombor 1 di Malaysia!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.