Utama Perbankan UOB Malaysia pertingkat UOB Infinity, platform perbankan digital perniagaannya, dengan keupayaan pengurusan...

UOB Malaysia pertingkat UOB Infinity, platform perbankan digital perniagaannya, dengan keupayaan pengurusan rantaian bekalan kewangan baharu

280
0

Kuala Lumpur, Malaysia, 14 September 2023 – Pelanggan korporat UOB Malaysia kini boleh mengalami keupayaan pengurusan rantaian bekalan kewangan (financial supply chain management atau FSCM) baharu pada platform perbankan digital perniagaan UOB Infinity. Penambahbaikan ini menampilkan rangkaian luas penyelesaian FSCM pada satu platform, yang termasuk perolehan, pembayaran, pesanan, pengeluaran, jualan dan pungutan.

Dengan keupayaan baharu ini, pelanggan UOB dapat berhubung secara digital dengan pembeli, pembekal dan pengedar dalam ekosistem rantaian bekalan mereka di Malaysia, di seluruh ASEAN dan Greater China.

Dirancang untuk meningkatkan kecekapan perniagaan, pelanggan UOB akan dapat menghantar dan mengesahkan dokumen perdagangan dengan selamat secara digital melalui platform ini. Sebagai tambahan, mereka juga boleh meminta pembiayaan secara digital pada peringkat yang berlainan dalam rantaian bekalan. Ini termasuk pembiayaan kepada pembekal sebelum dan selepas penghantaran, pembiayaan pengedar dan pembelian akaun belum terima. Lebih penting, mereka boleh melihat dan mengawal transaksi tunai, perdagangan dan FSCM mereka sepenuhnya dalam satu platform dengan hanya satu log masuk.

Menurut Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2023, lebih lapan daripada 10 syarikat Malaysia telah mengamalkan pendigitalan dan menganggap pengurusan rantaian bekalan adalah penting untuk perkembangan mereka merentas sempadan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Encik Lucas Chew, Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Perbankan Transaksi, UOB Malaysia, berkata, “Maklumat kami menunjukkan bahawa syarikat telah menggunakan pendigitalan dalam operasi mereka bagi memenuhi permintaan dan keperluan perdagangan baharu berikutan pembentukan semula rantaian bekalan global. Keupayaan FSCM baharu pada UOB Infinity menghubungkan pelanggan kami dengan ekosistem pembekal dan pengedar mereka, justeru membolehkan mereka memantau perniagaan mereka secara menyeluruh selain meningkatkan kecekapan perniagaan. Selain itu, kami juga dapat menyokong keseluruhan rantaian bekalan mereka dengan menyediakan aliran tunai atau modal kerja yang diperlukan, walaupun merentasi sempadan. Sejajar dengan matlamat kami untuk menjadi bank perdagangan rentas sempadan terunggul di ASEAN, kami memanfaatkan kedudukan serantau kami untuk membantu perniagaan berkembang di dalam dan di luar ASEAN.”

Beberapa perniagaan yang menggunakan platform UOB Infinity pada masa ini adalah perintis kepada keupayaan FSCM baharu ini untuk mencapai produktiviti dan prestasi perniagaan yang lebih baik. Mereka adalah pengedar utama bagi sebuah syarikat makanan dan minuman terkemuka di Malaysia, yang juga merupakan syarikat peneraju dalam program FSCM UOB Malaysia. Para pengedar disokong oleh syarikat peneraju mereka di bawah program FSCM untuk mendapatkan pembiayaan modal kerja daripada Bank.

Encik Lim Chee Jin, Pengarah Urusan, Hoe Seng (Klang) Sdn Bhd, berkata, “Setelah berkecimpung dalam perniagaan pemasaran dan pengedaran minuman selama 65 tahun, kami berbesar hati untuk menggunakan keupayaan FSCM UOB Infinity. Ciri-ciri baharu ini telah meningkatkan kecekapan operasi, membolehkan kami meminta pembiayaan dengan serta-merta pada UOB Infinity dan memantau invois penjual secara dalam talian. Kami juga meraih manfaat yang ketara daripada status transaksi masa nyata, terutamanya untuk permohonan pembiayaan, pembayaran dan juga memantau transaksi pembiayaan kami melalui UOB eAlerts! Ini membolehkan kami memberi lebih tumpuan pada pertumbuhan perniagaan dan bukannya tugas pentadbiran.”

Puan Lee Huey Min, Pengarah, Fook Kee Sdn Bhd, berkata, “Keupayaan FSCM pada UOB Infinity membawa banyak kemudahan kepada perniagaan kami kerana ia membolehkan invois dimuat naik secara elektronik. Dalam landskap perniagaan yang bergerak pantas, kami menghargai akses yang cepat kepada makluman transaksi kami secara digital, yang membantu mempercepatkan proses penyesuaian kami. Lebih penting, platform ini membolehkan kami mengurus keperluan modal kerja dengan lebih baik memandangkan bahawa kami dapat melihat status transaksi dan penggunaan dana secara keseluruhan melalui UOB Infinity.”

Malaysia adalah negara ketiga selepas Singapura dan Hong Kong untuk memperkenalkan keupayaan FSCM yang dipertingkatkan melalui UOB Infinity sebagai sebahagian daripada pelaksanaan serantau yang komprehensif di semua pasaran utama Bank di Asia Tenggara dan Greater China.

Puan So Lay Hua, Ketua Perbankan Transaksi Kumpulan, UOB berkata, “FSCM UOB Infinity membolehkan pelanggan kami berhubung secara digital dengan rakan kongsi perdagangan ekosistem mereka, sama ada huluan dan hiliran, di samping memudahkan pengurusan pertukaran dokumen perdagangan. Ia juga membantu melonggarkan dana yang tersekat untuk penggunaan modal kerja dan menguruskan risiko kutipan di bawah satu platform. Dengan pelancaran keupayaan konsisten secara progresif di rantau ini merentasi pasaran utama kami, pelanggan serantau kami mempunyai pengawasan yang lebih besar terhadap interaksi pembekal dan pengedar mereka, keperluan pembiayaan FSCM dan kawalan bagi kedua-dua program FSCM domestik dan serantau mereka dengan kami di semua lokasi ini melalui satu paparan.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari UOB.my/infinity.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.