Utama Perkakasan Kingston Kingston melancarkan FURY Gaming Lab baharu

Kingston melancarkan FURY Gaming Lab baharu

407
0

Baru-baru ini Kingston telah menjemput kumpulan media dari Malaysia, Filipina dan Australia ke sebuah jelajah maya dan gambaran awal FURY Gaming Lab daripadanya.

Secara asasnya, ia merupakan ruang pameran yang mempersembahkan kesemua produk berasaskan memori keluarannya, dan bagaimana ia digunakan pada pelbagai sistem dengan pelbagai konfigurasi.

Melalui sesi jelajah maya berkenaan, antara produk dan komponen yang mencuri perhatian adalah RAM DDR4, DDR5, NVMe M.2 Gen4 dari siri Fury Beast dan Renegade.

Ketika ditanya mengenai terdapat sebarang perancangan untuk membuka FURY Gaming Labs di negara-negara lain termasuk Malaysia, Kingston memaklumkan tiada rancangan melakukan demikian buat masa ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.