Utama Mobile Aplikasi Aplikasi Disney+ Hotstar hadir ke Astro Ultra Box pada Bulan ini

Aplikasi Disney+ Hotstar hadir ke Astro Ultra Box pada Bulan ini

147
0
Astro Ultra Box Disney Plus Hotstar

Lebih kurang setahun selepas Disney+ Hotstar dilancarkan secara rasminya di Malaysia, aplikasinya kini telah hadir ke Astro Ultra Box pada 28 April ini. Ini bermakna, pengguna Ultra Box tidak perlu lagi menukar ke luar set kotak TV berkenaan untuk mengakses ke Disney+ Hotstar.

Akses ke Disney+ Hotstar kini ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan Astro dengan pek-pek terpilih seperti Movies, Premium 1, Premium 3, dan Platinum. Bagi yang melanggan pek asas Primary boleh mendapatkan perkhidmatan berkenaan dengan menambah Movies Pack ke dalam pelan masing-masing dengan bayaran tambahan RM35 sebulan.

Satu lagi pilihan yang disediakan bagi pelanggan Astro adalah dengan melanggan ke Disney+ Hotstar melalui bil Astro. Bagaimanapun, harga bagi pilihan ini masih lagi RM54.90 untuk 3-bulan. Dalam pada masa yang sama, aplikasi Disney+ Hotstar juga akan tiba ke Astro Ulti Box dalam masa yang terdekat ini. Cuma, tarikhnya sahaja yang masih belum diketahui dan akan diumumkan kelak.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Astro: https://product.astro.com.my/apps/disney

Artikel sebelum iniSamsung dilapor sedang mengadakan perbincangan dengan Apple untuk menjadi pembekal cip M2
Artikel seterusnyaKingston melancarkan FURY Gaming Lab baharu
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.