Utama Perkakasan Kingston Kingston melancarkan SSD PCIe 4.0 M.2 KC3000; Tawarkan kelajuan baca/tulis sehingga 7Gbps

Kingston melancarkan SSD PCIe 4.0 M.2 KC3000; Tawarkan kelajuan baca/tulis sehingga 7Gbps

432
0

Kingston baru-baru ini telah mengumumkan SSD PCIe 4.0 baharu, KC3000. Menawarkan kelajuan baca/tulis sehingga 7Gbps dan kapasiti storan sehingga 4TB, KC3000 bakal menjadi pilihan bernilai bagi yang mendambakan kepantasan.

Menampilkan pengawal Phison E18 Gen 4×4 NVMe dan NAND TLC 3D, Kingston KC3000 ditawarkan dengan pilihan kapasiti storan berikut:

  • 512GB
  • 1TB
  • 2TB
  • 4TB

SSD baharu dari Kingston ini juga mampu menawarkan kelajuan baca/tulis sehingga 7Gbps dan baca/tulis IOPS sehingga 1M/1M 4K.

Kesemua model yang ditawarkan didatangkan dengan perata haba aluminium grafena berprofil rendah bagi tujuan pelesapan haba ketika pengoperasiannya.

Bergantung pada jenis model, tahap ketahanannya adalah di antara 400TBW dan 3.2PBW. Ia sepatutnya mencukupi untuk bertahan bagi penggunaan normal selama bertahun-tahun.

Kadar MTBF (Mean time between failures) SSD ini adalah 1.8 juta jam dan kesemua storan ini menerima waranti sehingga 5 tahun dengan sokongan teknikal percuma.

SSD Kingston KC3000 PCIe 4.0 ini masih lagi belum diumumkan kehadirannya ke pasaran Malaysia. Buat masa ini ia hanya memasuki pasaran-pasaran di negara-negara tertentu sahaja.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Kingston

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.