Utama Perkakasan Kingston Kingston melancarkan RAM Fury Renegade DDR5 baharu

Kingston melancarkan RAM Fury Renegade DDR5 baharu

603
0
Kingston-Fury-Renegade-DDR5-Hero

Kingston secara rasminya memperkenalkan siri memori Fury baharu melalui Renegade DDR5. Sama seperti kebanyakan memori di dalam siri Fury yang lain, siri Fury Renegade DDR5 ini didatangkan dengan pilihan RGB dan tiada RGB.

Bagi anda yang inginkan RAM dengan sokongan pencahayaan RGB, anda boleh mengubahsuai kesan pencahayaan tersebut menerusi perisian Kingston Fury CTRL 3.

Anda boleh memilih dari 16 kesan pencahayaan yang boleh diubahsuai dan boleh disegerakkan dengan aksi yang anda sedang lakukan di dalam permainan berkomputer yang sedang anda mainkan dengan Kingston Infrared Sync Technology.Kingston-Fury-Renegade-DDR5-RGB Lighting

Sebagaimana kit memori DDR5 yang lainnya, Kingston Fury Renegade DDR5 menampilkan ECC atas acuan yang membolehkannya menyediakan lebih banyak komponen DRAM untuk dimanfaatkan. Ia juga boleh menyeimbangkan kuasa apabila diperlukan menerusi PMIC yang terbina dalamnya.

Setakat ini, hanya cipset dari papan induk siri Intel 600 dan pemprosesan Intel Generasi Ke-12 yang boleh menggunakan standard memori DDR5. Atas sebab itu memori Kingston baharu ini juga mempunyai persijilan XMP 3.0 dan mampu menyokong sehingga dua profil boleh ubahsuai yang boleh digunakan untuk melaraskan pemasaan, kelajuan, voltan dan disimpan secara terus ke dalam DIMM.

Dari segi prestasi, Kingston Fury Renegade DDR5 RAM boleh didapati dalam dua frekuensi iaitu 6000MT/s dan 6400MT/s. Kedua-dua pilihan ini mempunyai kependaman (latency) CL32 dan penggunaan voltan masing-masing 1.35V dan 1.4V.

Kapasiti yang ditawarkannya pula boleh didapati dalam pilihan sebatang RAM 16GB dan 32GB dalam bentuk 2 batang. Setakat ini Kingston masih belum menyatakan bilakah RAM DDR5 baharu ini akan hadir ke pasaran dan dijangkakan ia akan hadir dalam masa yang terdekat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.