Home Teknologi KFC bangunkan Kaedah Penghasilan Nugget Ayam Cetakan 3D dari Makmal

KFC bangunkan Kaedah Penghasilan Nugget Ayam Cetakan 3D dari Makmal

8
0

Sebelum ini pernah dilaporkan sebuah syarikat rintis telah berjaya menghasilkan daging stik berasaskan cetakan 3D sebagai alternatif kepada daging sebenar. Kini, Kentucky Fried Chicken (KFC) turut mengikut langkah yang sama dengan penghasilan nugget ayam.

KFC menjalinkan usahasama dengan sebuah firma dari Russia, 3D Bioprinting Solutions bagi membangunkan teknologi yang mampu mencetak dagin ayam.

Tidak seperti kaedah yang digunakan untuk mencetak daging stik 3D yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, kaedah ini menggunakan sel-sel ayam dan bahan-bahan dari tumbuhan.

Syarikat jenama ayam goreng terkemuka ini juga merancang untuk menyediakan firma usahasamanya dengan bahan-bahan diperlukan seperti adunan dan rempah ratus bagi mengekalkan rasa asli KFC.

Menurut pengasas bersama 3D Bioprinting Solutions, Encik Yusef Khesuani, teknologi biopercetakan 3D asalnya untuk tujuan perubatan kini mula popular sebagai salah satu kaedah penghasilan makanan.

Di masa hadapan, pembangunan pantas teknologi ini dijangka memudahkan lebih ramai pihak menghasilkan produk dagin berasaskan sel buatan makmal, tambah beliau lagi.

KFC turut menyatakan nugget biocetak juga lebih mesra alam untuk dihasilkan dengan merujuk kepada kajian oleh American Environmental Science and Technology Journal.

Berdasarkan pengumuman yang dikeluarkan, KFC merancang untuk menguji nugget ayam biocetak baharu di Moscow sekitar musim luruh 2020.

Tidak dapat dipastikan sama ada kaedah ini akan menggantikan penghasilan nugget ayam secara tradisional di masa hadapan. Hal ini mungkin tidak diterima dengan baik oleh sebahagian pengguna, namun, hanya masa yang menentukannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.