Home Mobile Aplikasi Jawigram, Saluran Telegram bantu ubah Tulisan Rumi ke Jawi

Jawigram, Saluran Telegram bantu ubah Tulisan Rumi ke Jawi

83
0

Penggunaan tulisan jawi sedang giat dipopularkan di kalangan pengguna-pengguna di Malaysia. Di dalam Telegram terdapat sebuah saluran (channel) yang khusus membantu pengguna mengubahkan tulisan rumi kepada tulisan jawi.

Melalui bantuan bot, pengguna boleh mengubah tulisan rumi kepada jawi dengan hanya menaipkan perkataan yang ingin diubahkan. Perkataan jawi berkenaan akan dibalas secara automatik sebaik sahaja pengguna menghantar perkataan bertulisan rumi tersebut.

Selain fungsi mengubah tulisan rumi ke jawi, saluran Jawigram turut boleh digunakan untuk membantu pengguna belajar perkataan dan tulisan jawi setiap hari.

Penggunaan tulisan jawi di media sosial sedang giat diperluaskan oleh sebahagian besar netizen di Malaysia. Tulisan jawi juga diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Maklumat lanjut mengenai Jawigram, kunjungi di salurannya di Telegram.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.