Utama Automotif Proton mula membuat pengeluaran Perisai Muka untuk Barisan Hadapan COVID-19

Proton mula membuat pengeluaran Perisai Muka untuk Barisan Hadapan COVID-19

1165
0

Proton telah mengumumkan barisan pengeluarannya akan diubah untuk tujuan pengeluaran perisai muka khusus untuk petugas-petugas barisan hadapan yang mengendalikan wabak COVID-19. Menurut jenama automotif nasional ini, pengeluaran akan bermula pada 13 April ini.

Pengeluar kereta nasional ini mensasarkan pengeluaran sebanyak 60,000 perisau muka dalam tempoh 20 hari melalui kilang utamanya di Shah Alam, Selangor. Pengeluaran dan penghantaran akan dilakukan secara berkelompok dengan setiap kelompok akan dihantar berdasarkan tahap keperluan sesebuah daerah dengan pemantauan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Proton kini merupakan di antara salah sebuah industri berat terbaru yang mengubah suai peralatan pegeluaran industinya untuk dijadikan sebagai pengeluaran Peralatan Perlindungan Individu (Personal Protection Equipment, PPE).

Selain Proton, Petronas turut sama memberikan sumbangan melalui pembangunan dan pengeluaran prototaip Tekanan Salur Udara Positif Berterusan (Continuous Positive Airway Pressure, CPAP) yang berasaskan dari hasil kerja Pasukan F1 Mercedes AMG bagi mengurangkan kebergantungan pada ventilator-ventilator di fasiliti kesihatan.

Tidak ketinggalan, jabatan-jabatan robotik di universiti-universiti tempatan seperti di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Univesiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mula membina robot-robot yang boleh membantu petugas-petugas barisan hadapan menguruskan pesakit-pesakit yang telah dijangkiti dari jarak jauh.

Sebelum ini, peminat-peminat teknologi percetakan 3D tempatan juga turut sama telah memberikan sumbangan masing-masing dengan bekerjasama di peringkat awal dengan menghasilkan perisai muka DIY untuk para petugas barisan hadapan kita.

Imej brader pakai face shield dari Proton

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.