Home Komputer KFC perkenalkan KFConsol, Konsol Permainan dengan sokongan Penghangat Ayam Goreng

KFC perkenalkan KFConsol, Konsol Permainan dengan sokongan Penghangat Ayam Goreng

20
0

Kentucky Fried Chicken (KFC) sebelum ini pernah membuat iklan acah mengenai rancangannya untuk membangunkan konsol permainannya sendiri. Kini, janji tersebut didapati telah ditunaikan dengan secara rasminya memperkenalkan KFConsol.

Konsol yang lebih kepada PC desktop permainan pada asalnya dijadualkan dilancarkan pada November lalu. Namun telah ditunda ke satu tarikh yang baru.

Selain dilengkapkan dengan spesifikasi perkakasan yang tinggi, PC desktop permainan ini turut hadir dengan fungsi sokongan tempat pemanas ayam goreng.

Dari segi kasis luarannya, ramai pihak berpendapat ianya dihasilkan dengan kerjasama Cooler Master berdasarkan rekaan asasnya yang seakan-akan MasterCase NC100.

Di dalamnya, KFConsole dikuasakan oleh Intel NUC 9 Extreme Compute Element, yang berkemungkinan dengan CPU Core i9-9980HK. Turut diketahui, kad grafik yang digunakan adalah Asus GeForce RTX dengan storan dalam SSD NVMe Seagate 1TB.

Ruangan penyejukan kerangka PC desktop permainan ini turut memainkan permainan penting dengan menjalankan fungsi mengalirkan haba keluar dengan pada masa yang sama memanaskan ayam goreng di ruangan khususnya.

Dijangkakan KFConsole ini tidak akan dipasarkan ke Malaysia mengambil kira pelbagai faktor semasa. Apapun, PC desktop permainan ini tetap sesuatu yang unik kerana menawarkan fungsi pemanasan ayam goreng.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.