Home Microsoft Microsoft rancang pengeluaran Windows 10X untuk Peranti Berskrin Tunggal pada 2021

Microsoft rancang pengeluaran Windows 10X untuk Peranti Berskrin Tunggal pada 2021

11
0

Mei lalu Microsoft telah mengumumkan akan memperkenalkan Windows 10X ke peranti berskrin tunggal. Versi lebih ringan OS ini pada asalnya dikhususkan untuk peranti dwi-skrin seperti Surface Neo.

Baru-baru ini ZDNet melaporkan Windows 10X bakal dilancarkan pada peranti-peranti khusus perniagaan dan pendidikan sekitar musim luruh 2021. Untuk peranti dwi skrin pula, versi Windows 10 ini bakal hadir setahun kemudian selepas itu.

Dalam usaha Microsoft membangunkan Windows 10X, dijangkakan pihak syarikat bakal menumpukan sumber-sumbernya dari keutamaan lain khusus untuknya. Kesannya, kemaskini biasa Windows 10 mungkin hanya menerima satu fungsi baharu dalam satu-satu tahun.

Oleh kerana Windows 10X untuk peranti dwi-skrin dianjakkan ke 2022, pelancaran Microsoft Surface Neo juga bakal dianjakkan ke tahun yang sama. Ini mungkin sesuatu yang sukar diterima bagi peminat yang ternanti-nantikan peranti tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.