Home Komputer Cara Buat Jam Taskbar Windows 10 tunjukkan Angka Saat

Cara Buat Jam Taskbar Windows 10 tunjukkan Angka Saat

481
0

Jam pada taskbar Windows 10 boleh menunjukkan tahap ketepatan sehingga 1 saat. Anda boleh mendapatkan fungsi ini dipaparkan dengan mengubahsuai tetapan registry Windows 10.

Cara ini hanya boleh dilakukan pada Windows 10 sahaja dan tidak boleh dilakukan pada Windows 7. Pengguna Windows 10 perlu menggunakan perisian utiliti pihak ketiga seperti T-Clock Redux untuk memaparkan angka saat pada jam taskbar.

Dulu-dulu, Microsoft pernah membuatkan jam pada taskbar Windows era 90’an menunjukkan angka saat. Namun, ianya telah mengakibatkan masalah prestasi yang teruk dan seterusnya telah dialih keluar sebelum pelancaran Windows 95.

Cara memaparkan angka Saat dengan mengubahsuai Registry

Sebelum memulakannya, anda diingatkan supaya berhati-hati apabila membuat pengubahsuaian pada entri-entri di dalam registry. Sebarang kesilapan berkemungkinan besar boleh menyebabkan sistem komputer anda tidak stabil. Malah, lebih teruk lagi boleh menyebabkan sistem tergendala.

Untuk memulakannya, buka Register Editor melalui kotak carian dan seterusnya taipkan “regedit”.

Di dalam Registry Editor, pergi ke bahagian berikut;

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced

Klik kanan pada “Advanced” dan pilih New > DWORD (32-bit) Value.

Namakan value berkenaan sebagai ShowSecondsInSystemClock dan tekan Enter.

Klik dua-kali pada value yang anda baru wujudkan tersebut dan masukkan value data sebagai “1”, dan klik pada OK.

Anda kini boleh menutup Registry Editor. Anda perlu melakukan “sign out” dan “sign in” kembali untuk membolehkan perubahan yang anda lakukan selesai.

Jika anda tidak menginginkannya lagi, anda boleh mengubahnya semula pada Register Editor dengan memadamkan value “ShowSecondsInSystemClock” atau tetapkan value data kepada “0”.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.