Utama Mobile Aplikasi Penjawat Awam digalak Memuat-Turun Aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera, MyTrace

Penjawat Awam digalak Memuat-Turun Aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera, MyTrace

1339
0

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali telah meminta semua Penjawat Awam memuat turun aplikasi khusus mencegah COVID-19 yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Aplikasi yang dimaksudkan adalah Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace. Tujuan utama aplikasi ini adalah bagi pengumpulan data yang boleh digunakan untuk menangani penularan wabak COVID-19 dan juga bagi memutuskan rantaiannya.

Ketiga-tiga aplikasi tersebut mempunyai fungsi dan cara penggunaan yang berbeza.

Gerak Malaysia – Aplikasi ini bertujuan bagi menyelaras, mengawal dan melancarkan perjalanan orang ramai khususnya untuk perjalanan merentas antara negeri.

Muat turun aplikasi Gerak Malaysia [Android]

Muat turun aplikasi Gerak Malaysia [iOS]

MySejahtera – Khusus untuk penilaian kesihatan, aplikasi dapat membantu para pengguna membuat penilaian kesihatan secara sendiri. Selain itu ianya juga dapat membantu KKM memberikan maklumat kesihatan dan juga mengambil tindakan awal. Ia juga boleh digunakan untuk membuat semakan kawasan-kawasan hotspot wabak dan juga untuk mendapatkan maklumat awal penularan wabak COVID-19.

Muat turun aplikasi MySejahtera [Android]

Muat turun aplikasi MySejahtera [iOS]

MyTrace – Bertujuan mempermudahkan proses pengesanan kontak rapat (kontak tracing). Aplikasi ini mengimplementasikan penggunaan teknologi Bluetooth.

Muat turun aplikasi MyTrace [Android]

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.