Utama Mobile iOS iPhone 7 didedahkan, Hadir dengan ciri kalis air, tanpa jack fon audio

iPhone 7 didedahkan, Hadir dengan ciri kalis air, tanpa jack fon audio

723
2

iPhone 7 kini secara rasminya didedahkan dengan pada Apple Event yang berlangsung semalam. Peranti terbaru dari Apple ini menonjolkan kelainan apabila ia tidak mempunyai jack untuk fon telinga seperti yang lazimnya terdapat pada mana-mana telefon-telefon pintar hari.

Selain itu, telefon pintar ini turut mendapat penarafan IP67, sekali gus menjadikan iPhone pertama yang boleh direndam di dalam air dan tahan debu. Walaubagaimanapun, dari segi rekabentuk ia masih lagi mengekalkan kebanyakan ciri reka bentuk tipikal iPhone.

Dari segi kamera, iPhone 7 meneruskan kesinambungan iPhone sebagai peneraju utama fotografi peranti mudah alih. Dilengkapi dengan penderia, kamera belakang 12 MP iPhone ini dikhabarkan 60 peratus lebih pantas dan 30 peratus lebih jimat bateri. Malah, ia juga didatangkan bersama penstabil imej dengan aperture f/1.8. Pada kamera depan pula, ia telah dinaiktaraf kepada 7 MP.

Selain dari kamera baru, iPhone 7 turut didatangkan bersama butang Home yang baru. Ia peka dengan tekanan dan mirip dengan trackpad Force Touch pada MacBook baru dan Retina Macbook Pro. Secara zahirnya, butang Home berkenaan adalah statik, namun penggunaan API Taptic Engine dari Apple, klikan realisitk dapat disimulasikan. Paling best adalah aplikasi-aplikasi pihak ketiga lain dapat memanfaatkan fungsi terbaru ini.

Paparan iPhone telah mengalami banyak perubahan dan peranti terbaru ini menampilkan paparan HD Retina 4.7 inci. Disamping itu juga, ia kini memliki 25 peratus lebih kecerahan dengan gamut warna yang lebih luas.

Oleh kerana ketiadaan jack untuk fon telinga, iPhone 7 memberi penekanan terhadap kualiti audionya apabila menggunakan speaker stereo. Namun begitu, bagi pengguna yang tetap ingin menggunakan fon telinga (atas sebab privasi misalnya), turut ditawarkan adapter untuk jack audio menggunakan labuhan lightning pada peranti berkenaan.iphone-7-a10-fusion

Apalah maknanya iPhone jika tidak kerana pemprosesannya. Telefon pintar terbaru dari Apple ini dikuasakan oleh cip pemprosesan A10 Fusion. Kuasa pemprosesannya dikatakan 40 peratus lebih pantas pemprosesan terdahulu, A9. Dari sudut kualiti grafik pula, A10 Fusion 50 peratus lebih baik dari A9. Atas sebab cip pemprosesan ini jugalah, iPhone 7 mampu bertahan dua jam lebih lama daripada iPhone 6s.

Pun begitu, iPhone 7 tidak akan sampai ke pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat ini dan sehingga kini masih belum diberitakan bila tarikh sebenar peranti ini akan hadir ke Malaysia.

Di rantau Asia Tenggara, hanya jiran kita di seberang Tambak, Singapura sahaja yang menjadi antara penerima terawal. Harga saranannya adalah $649 (bersamaan RM2,625).

Kalau sampai awal pun kat Malaysia pun, belum tentu jualannya menjadi terlalu laris memandangkan situasi ekonomi suram yang melanda negara kita sejak akhir-akhir ini.

-Sumber berita diperoleh dari The Verge

2 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.