Utama Mobile Android Huawei Honor 5A hadir ke Malaysia 20 September, Harga saranan dari RM599

Huawei Honor 5A hadir ke Malaysia 20 September, Harga saranan dari RM599

720
1

Pengganti kepada Huawei Honor 4X di pasaran, Honor 5A akan hadir ke pasaran Malaysia pada 20 September ini dengan harga saranan bermula RM599. Pengumuman ini hadir bersempena majlis pelancaran Honor 8 di Malaysia semalam.

Telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses Kirin 620 delapan teras dengan RAM 2GB.Menampilkan paparan 5.5 inci 720p, kamera belakang 13 MP, kamera depan 8 MP, bateri 3,100 mAh, storan 16 GB dengan slot kad mikroSD (sehingga 128GB), Frequency Division Duplex dan TD-LTE.

Sebagai perbandingan, Honor 5A di China di jual pada harga 699 Yuan (lebih kurang RM425). Namun, di Malaysia ia dijual pada harga RM599 untuk pilihan warna Hitam dan Putih. Manakala untuk kemasan emas pula, harganya up sikit, RM629.

-Sumber berita diperoleh dari Soya Cincau

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.