Utama Apple iPhone 15 dijangka akan mula menggunakan USB-C, Sokongan Pemindahan Berkelajuan Tinggi hanya...

iPhone 15 dijangka akan mula menggunakan USB-C, Sokongan Pemindahan Berkelajuan Tinggi hanya disediakan untuk model Pro

622
0
iPhone 15 USB-C

Apple sebelum ini telah disahkan akan mematuhi peraturan USB-C yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU). Atas sebab itu, siri iPhone 15 yang dijangka akan hadir pada tahun depan bakal menjadi iPhone pertama yang menggunakan port USB-C, menggantikan port Thunderbolt yang digunakan selama ini.

Pun begitu, tidak semua model iPhone mempunyai ‘darjat’ yang sama dengan sokongan pemindahan data berkelajuan tinggi hanya ditawarkan untuk siri iPhone 15 Pro sahaja.

Maklumat ini dipetik dari pentiris maklumat berkaliber, Ming-Chi Kuo yang menyatakan hanya iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max yang akan mempunyai port USB-C berkelajuan tinggi.

Untuk model standard pula, iPhone 15 juga menggunakan USB-C versi 2.0 yang mempunyai kelajuan yang sama seperti kelajuan pemindahan data port Thunderbolt. Berbeza dengan siri iPhone 15 Pro yang dijangka akan menggunakan USB-C 3.2.

Perbezaan ini bagaimanapun tidak memberikan kesan yang ketara kerana memindahkan data menggunakan kabel fizikal bukanlah perkara yang sering dilakukan oleh pengguna biasa.

Apa pun, masih terlalu awal lagi untuk mengupas dengan lebih lanjut maklumat yang diperoleh dari Kuo ini memandangkan siri iPhone 14 baharu sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lepas.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.