iPhone 15 Pro dijangka akan menampilkan RAM sebanyak 8GB, bersama-sama port USB-C dan pelbagai penambahbaikan pada kamera, menurut firma penyelidikan dari Taiwan, TrendForce.
Menerusi kenyataan media yang diterbitkan pada hari ini, TrendForce menjangkakan siri iPhone 15 akan hadir dengan empat model. Dua daripada model tersebut, Pro akan menggunakan pemprosesan terkini dari Apple pada ketika itu, A17 Bionic.
TrendForce juga menjangkakan model 15 Pro akan dilengkapkan dengan RAM sebanyak 8GB, lebih tinggi berbanding model iPhone 14 Pro yang menawarkan RAM 6GB. Model-model standard pula akan terus hadir dengan RAM 6GB.
Perubahan daripada port Lightning kepada USB-C juga dikatakan akan hadir ke model iPhone yang akan datang memandangkan Kesatuan Eropah telah pun meluluskan rang undang-undang mewajibkan penggunaan USB-C pada semua peranti elektronik termasuk iPhone.
Model-model iPhone ini juga juga akan terus menggunakan modem 5G Qualcomm kerana Apple masih lagi tidak berpuas hati dengan prestasi mmWave modem keluarannya sendiri.
Apple dijangka akan mengumumkan iPhone 15 sekitar September 2023.