Utama Mobile Aplikasi Setel tawarkan ‘cashback’ sehingga RM5 bersempena PRU15 hujung minggu ini

Setel tawarkan ‘cashback’ sehingga RM5 bersempena PRU15 hujung minggu ini

416
0
Setel Petronas RM5 Cashback PRU15

Buat anda yang pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada hujung minggu ini, aplikasi pembayaran petrol Setel kini menawarkan pulangan tunai (cashback) sehingga RM5 apabila anda membuat pembelian minimum di stesen-stesen Petronas.

Promo ini ditawarkan untuk waktu terhad bermula dari 17 November 2022 jam 2 petang sehingga 20 November 2022 jam 11.59 malam. Pulangan tunai RM5 ini juga dipecahkan kepada dua bahagian iaitu RM2 dan RM3.

Untuk mendapatkan pulangan tunai RM2 ini, anda perlu bebelanja sehingga RM100 untuk isian petrol, Kedai Mesra atau Cafe Mesra. Manakala untuk RM3 pula, anda perlu berbelanja sehingga RM200. Pulangan tunai RM2 ini terhad untuk 30,000 yang pertama dengan RM3 pula terhad untuk 4,000 yang pertama.

Menurut terma dan syarat yang ditetapkan, syarat berbelanja ini tidak termasuk transaksi ahli Setel Share. Setiap peserta hanya boleh menerima keseluruhan pulangan tunai Setel RM5 ini di sepanjang tempoh promosi sahaja.

Setel boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.