Utama Apple iPhone 14, iPhone 14 Plus berharga dari RM4,199 di Malaysia; Mula hadir...

iPhone 14, iPhone 14 Plus berharga dari RM4,199 di Malaysia; Mula hadir 23 September ini

983
0
iPhone-14-dan-iPhone 14 Plus

iPhone 14 secara rasminya telah dilancarkan awal pagi tadi dan segala desas-desus mengenai telefon pintar generasi terkini dari Apple telah pun terjawab.

Menerusi iPhone 14 dan iPhone 14 Plus, kedua-dua model ini dibezakan pada saiz dengan skrinnya dengan masing-masing berukuran 6.1-inci dan 6.7-inci. Memandangkan saiz skrinnya lebih besar, Apple memaklumkan kapasiti bateri bagi iPhone baharu ini juga lebih besar, namun tidak menyatakan secara spesifik kapasitinya.

Selain dari beza tersebut, kedua-dua model iPhone 14 ini secara asasnya adalah sama. Kedua-duanya menggunakan cipset A15 Bionic, jenis yang sama digunakan pada iPhone keluaran tahun lepas.iPhone-14-Spesifikasi

Kedua-duanya juga menampilkan kamera utam 12MP f/1.5 yang menurut Apple menampilkan sensor yang lebih besar 1.9μm piksel dan teknologi penstabil imej perubahan sensor. Turut ditampilkan sebuah lagi kamera bersudut lebar disediakan pada bahagian belakangnya.

Kamera hadapan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus turut hadir dengan kamera 12MP dengan apertur f/1.9 bersama-sama autofokus.iPhone-14-kamera belakang

Apa yang menarik pada iPhone keluaran kali ini adalah Photonic Engine yang menggunakan pemprosesan imej neural Apple Deep Fusion. Proses ini dijalankan pada peringkat awal sebelum imej dimampatkan dan ia membolehkan imej yang ditambah baik mengekalkan warna yang lebih terang dan terperinci.iPhone-14-kamera depan

Ia seterusnya mampu menambahbaik kualiti gambar di dalam keadaan kurang pencahayaan. Keupayaan ini turut disediakan pada ketiga-tiga kamera iPhone 14. Manakala untuk video pula, Apple memberikan iPhone ini ciri apa yang dinamakan sebagai Action mode yang mempertingkatkan teknologi penstabilan rakamannya.

iPhone-14-warna

Beza iPhone 14 dan iPhone 14 Plus

Secara ringkasnya, iPhone 14 dan iPhone 14 dibezakan dari segi saiz fizikalnya, iaitu iPhone besar dengan iPhone kecil. Lain-lain cirinya masih lagi sama terutamanya dari segi kuasa pemprosesannya mahupun kameranya.

iPhone 14 iPhone 14 Plus
Harga permulaan RM4,199 RM4,699
Saiz skrin 6.1-inci 6.7-inci
Kadar penyegaran semula skrin 60Hz 60Hz
CPU Apple A15 Bionic Apple A15 Bionic
Storan 128GB, 256GB, 512GB 128GB, 256GB, 512GB
Kamera Dwi 12MP (Lebar, ultralebar) Dwi 12MP (Lebar, ultralebar)
Saiz 5.78 x 2.82 x 0.31 inci 6.33 x 3.07 x 0.31 inci
Berat 172 gram 202 gram
Warna Purple, blue, midnight, starlight, Product RED Purple, blue, midnight, starlight, Product RED

Harga iPhone 14 dan iPhone 14 Plus di Malaysia

Di Malaysia, iPhone 14 akan mula ditawarkan bermula 23 September ini dengan tiga pilihan storan 128GB, 256GB dan 512GB dan masing-masing berharga dari RM4,199, 4,699 dan RM5,699.

Untuk model Plus pula harganya adalah masing-masing mengikut kapasiti, RM4,699, RM5,199 dan RM6,199 bermula dari 7 Oktober ini.

Harga iPhone 14

  • iPhone 14 128GB – RM4,199
  • iPhone 14 256GB – RM4,699
  • iPhone 14 512GB – RM5,699

Harga iPhone 14 Plus

  • iPhone 14 Plus 128GB – RM4,699
  • iPhone 14 Plus 256GB – RM5,199
  • iPhone 14 Plus 512GB – RM6,199

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.