Utama Apple iOS 16.0.1 diterbitkan bagi membaiki masalah ralat pengaktifan iPhone 14

iOS 16.0.1 diterbitkan bagi membaiki masalah ralat pengaktifan iPhone 14

599
0
iOS 16

Pengguna-pengguna iPhone 14 dan juga iPhone 14 Pro dilaporkan mengalami masalah ketika membuat pengaktifan pertama kali peranti berkenaan. Menurut laporan dari MacRumors, Apple telah mengeluarkan satu memo yang menyatakan masalah tersebut telah dikenalpasti berlaku apabila iOS 16 cuba mengaktifkan peranti pada rangkaian Wi-Fi terbuka.

Apple telah menyediakan penyelesaian bagi masalah tersebut melalui kemaskini iOS 16.0.1. Kemaskini terkini berkenaan hanya boleh didapati pada siri iPhone 14 dan dikhususkan untuk membaiki masalah berkaitan pengaktifan atau migrasi. Pengguna yang terkesan perlu mengemaskini dan memulihkan kembali iPhone berkenaan menggunakan Mac atau PC.

Kemaskini iOS 16 mula ditawarkan pada 13 September lalu untuk iPhone 8 dan ke atas. Pelbagai pembaharuan pada aplikasi dan skrin dibawakan pada sistem operasi iOS melalui kemaskini berkenaan.Apple iOS 16 Dilancarkan

Secara keseluruhannya kemaskini iOS telah membawakan pembaharuan yang diperlukan oleh pengguna sungguhpun berdepan dengan beberapa isu yang masih perlu diberi perhatian.

Beta pertama untuk iOS 16.1 telah diperkenalkan pada awal minggu ini dengan membawakan maklumat peratusan tahap penggunaan bateri pada sesetengah model iPhone yang sebelum ini tidak menyediakannya. Untuk iPhone 14 Pro pula, kemaskini ini menambahbaik ciri Dynamic Island dengan memudahkan aksesnya apabila menggunakan Reachability.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.