Utama Apple Apple melancarkan iOS 16, iOS 15.7, iPadOS 15.7, watchOS 9 dan tvOS...

Apple melancarkan iOS 16, iOS 15.7, iPadOS 15.7, watchOS 9 dan tvOS 16 secara rasmi hari ini

694
0
Apple iOS 16 Dilancarkan

Sebagaimana yang telah dijanjikan, Apple hari ini telah melancarkan kemaskini baharu dan penting untuk pelbagai peranti-peranti keluarannya. Antaranya iOS 16 yang sebelum ini telah diumumkan pada Jun lalu.

Versi kemaskini baharu ini kini sudah mula ditawarkan kepada iPhone 8 dan ke atas. Ia juga akan dipra-pasang pada semua model iPhone 14 yang mula menemui pengguna bermula Jumaat ini. Selain itu, iPhone 14 Plus yang mula dipasarkan pada 7 Oktober ini juga akan hadir dengan iOS 16 kelak.

Bagi pengguna yang tidak dapat mengemaskini ke iOS 16, Apple turut menerbitkan kemaskini iOS 15.7 yang menawarkan pembaikan kerentanan kernel, dan isu kesihatan melibatkan Contacts, Maps, Safari, Shortcuts, dan WebKit.Apple iPhone 14 Pro iOS 16

Pembaikan yang sama juga ditawarkan melalui iPadOS 15.7 dan dijangka mungkin kemaskini 15.x terakhir sbeelum iPadOS 16 dilancarkan. Kemaskini perisian untuk iPad tersebut mengalami kelewatan kerana terdapat isu pada ciri berbilang tugasan baharu Stage Manager.

watchOS 9 turut diterbitkan bersama dengan menampilkan muka jam baharu, notifikasi yang menerima rekaan semula baharu, dan sokongan memaparkan peringkat tidur di dalam ciri penjejakan tidur.Apple Watch Series 8 watchOS 9

Turut diperkenalkan aplikasi Medications baharu yang membantu pengguna menjejak pengambilan ubat-ubatan, vitamin dan suplemen. Pilihan senaman tersuai baharu juga diperkenalkan di dalam aplikasi Workout dan semua penambahan pada watchOS 9 ini akan ditawarkan pada Apple Watch Series 4 dan ke atas.

Tidak dilupakan, Apple akan ditawarkan dengan kemaskini tvOS 16 yang akan hadir dengan sokongan kawalan permainan berkomputer untuk Nintendo Joy-Cons dan Nintendo Pro Controller.

Kesemua kemaskini sudah mula ditawarkan kepada pengguna-pengguna peranti Apple terutamanya bagi anda yang menghidupkan fungsi kemaskini secara automatik. Jika anda mendapati masih lagi belum menerima kemaskini, anda boleh cuba membuat semakan secara manual pada peranti-peranti yang disokong.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.