Utama Apple iOS 16.1 akan paparkan Angka Peratusan Bateri pada Status Bar iPhone 13...

iOS 16.1 akan paparkan Angka Peratusan Bateri pada Status Bar iPhone 13 Mini, iPhone 12 Mini, iPhone XR & iPhone 11

401
0

Apple melalui iOS 16 telah mengemaskini ikon bateri pada iPhone dengan Face ID kini memaparkan angka peratusan bateri berbanding sekadar visual grafik paras bateri. Ketika pelancarannya dahulu ciri ini tidak dimasukkan ke dalam iPhone 13 mini, iPhone 12 mini, iPhone XR dan iPhone 11.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat dari forum di dalam MacRumors dan Twitter, model-model iPhone berkenaan didapati telah mula menawarkan sokongan ciri tersebut.

Angka peratusan bateri tidak dipaparkan pada model-model iPhone yang mempunyai Face ID di dalam iOS 15 kerana kekurangan ruang pada kedua-dua sisi takuk yang menempatkan kamera TrueDepth berkenaan.

Bagaimanapun melalui rekaan yang dikemaskini melalui iOS 16, Apple telah menambahkan paras spesifik bateri ke dalam ikon bateri tersebut. Seterusnya memudahkan pengguna mengetahui dengan tepat tahap penggunaan bateri semasa iPhone.

Melalui kemaskini ini, pengguna iPhone 13 mini, iPhone 12 mini, iPhone XR, dan iPhone 11 boleh melihat angka peratusan penggunaan bateri pada status bar. Peranti Apple tanpa takuk Face ID juga sentiasa memaparkan angka peratusan bateri.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.