Apple telah meneribitkan kemaskini baharu iOS 15.0.1 yang membaiki beberapa ralat yang dilaporkan terdapat pada iOS 15 yang dilancarkan pada minggu lalu.
Ini termasuk isu yang menyebabkan pengguna iPhone 13 tidak boleh menyahkunci iPhone mereka dengan Apple Watch ketika memakai topeng muka.
Untuk mengemaskini, anda boleh melakukannya dengan pergi ke Settings > General > Software Update. Seterusnya anda akan dapat melihat kemaskini 15.0.1 telah tersedia dan anda boleh meneruskan untuk memuat turunnya. Anda juga digalakkan untuk menghubungkan dengan rangkaian Wi-Fi dan juga paras bateri anda perlu berada sekurang-kurangnya pada 50% sebelum memulakan kemaskini.
Kemaskini ini juga akan menyelesaikan isu pada bahagian Settings yang menunjukkan storan iPhone anda telah penuh. Ia juga membaiki masalah audio meditasi secara tiba-tiba memulakan aktiviti senaman pada pengguna Apple for Fitness+.
Pada awal naik taraf iOS 15, pengguna telah mengadu mengenai masalah tahap respon skrin sesentuh. Serta aplikasi pihak ketiga yang tidak boleh menggunakan kadar penyegaran semula 120Hz iPhone 13 Pro. Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada isu ini telah dibaiki dengan iOS 15.0.1 atau pengguna perlu menunggu untuk kemaskini yang akan datang.