Apple masih lagi mensasarkan untuk melancarkan MacBook Pro model baharu dengan cip M1X. Laptop baharu dari Apple ini dikatakan akan membawakan peningkatan pada prestasi grafik dan disasar akan dilancarkan dalam bulan ini.
Desas-desus mengatakan Apple sedang mempersiapkan acara khas kedua pada musim luruh ini. Ia susulan dari acara California Streaming yang berlangsung baru-baru ini.
Sungguhpun terdapat pelbagai lagi produk Apple yang akan dilancarkan, laporan tersebut mengetengahkan siri MacBook Pro akan menjadi tumpuan utama dalam pelancaran berkenaan.
Mark Gurman dari Bloomberg dengan yakin mengatakan Apple akan melancarkan siri Mac dengan cip M1X pada tahun ini juga. Beliau juga menyebut Apple pada kebiuasaannya melancarkan Mac baharu dalam bulan Oktober.