Utama Android Samsung Lengkapkan gaya hidup sihat anda dengan Siri Samsung Galaxy Watch4

Lengkapkan gaya hidup sihat anda dengan Siri Samsung Galaxy Watch4

392
0

Jam tangan pintar hari ini lebih dari sekadar proksi telefon pintar yang dipakai pada pergelangan tangan anda. Kebiasaannya ia menawarkan pelbagai fungsi berkaitan kesihatan dan kecergasan. Jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic turut tidak terkecuali.

Jam tangan pintar generasi terkini Samsung ini membawakan segala petunjuk kesihatan yang anda perlukan melalui Sensor BioActive baharunya. Sensor baharu ini menawarkan pengesanan kesihatan lanjutan seperti tahap oksigen di dalam darah. Serta komposisi tubuh bagi memberikan lebih pemahaman mengenai tahap kesihatan dan kecergasan anda secara umum.

Pantau tahap dan pencapaian kesihatan anda

Aspek penting yang membawa kepada kehidupan sihat adalah kemampuan memantau tahap kemajuan anda. Ini biasanya melibatkan penggunaan pelbagai peralatan khas yang canggih seperti alat penimbang berat badan dan lemak seperti yang terdapat di gimnasium.

Kini, anda boleh mendapatkan fungsi yang sama di pergelangan anda melalui siri Galaxy Watch4. Ia merupakan sebahagian dari alat mengukur Body Composition baharu yang juga mengukur lemak di dalam badan, otot rangka, kadar metabolik basal dan peratusan air di dalam tubuh. Pengukuran ini dapat dilakukan menerusi Sensor BioActive yang disediakan.

Mendapatkan data adalah hanya sebahagian dari proses penjagaan kesihatan anda. Anda perlu banyakkan pergerakan untuk melihat perubahan yang anda mahukan.

Untuk itu, siri Galaxy Watch4 mengesan aktiviti fizikal bagi menjejak rutin harian anda dan menyokong lebih dari 90 jenis senaman bagi mendapatkan bacaan yang lebih tepat bagi aktiviti kecergasan anda.

Bagi anda yang ingin melihat kemajuan anda dalam masa nyatan, siri Samsung Galaxy Watch4 mampu melakukannya. Ia boleh dibuat menerusi Samsung Smart TV yang bersesuaian. Anda boleh menyegerakkan (sync) peranti anda dengan Samsung Smart TV yang bersesuaian, dan memantau tahap pembakaran kalori anda ketika bersenam.

Memantau di luar sesi senaman anda

Sudah pasti, jam tangan pintar Samsung ini juga mempunyai fungsi menjejak tahap kesihatan anda di luar waktu sesi senaman anda. Siri Samsung Galaxy Watch4 ini juga memantau paten tidur anda bagi memastikan anda mendapat rehat yang secukupnya.

Siri Galaxy Watch4 ini mampu memantau tahap oksigen di dalam darah anda sepanjang masa termasuk ketika tidur. Melalui sokongan dengan telefon yang bersesuaian, ia juga boleh mengesan dengkuran anda ketika tidur. Anda juga boleh mendapatkan gambaran kualiti tidur anda menerusi Sleep Score yang disediakan olehnya.

Anda boleh mendapatkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic ini menerusi laman web rasmi Samsung Malaysia.

Harga Samsung Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic

Produk Warna Harga di pasaran
Galaxy Watch4 Classic Bluetooth (46mm) Black, Silver RM1,399
Galaxy Watch4 Classic Bluetooth (42mm) Black, Silver RM1,299
Galaxy Watch4 Bluetooth (44mm) Green, Black, Silver RM999
Galaxy Watch4 Bluetooth (40mm) Pink Gold, Black, Silver RM899

Artikel ini dibawakan khas oleh Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.