Utama Android Infinix Infinix Smart 8 Pro dilancarkan di Malaysia, Harga bermula dari RM399

Infinix Smart 8 Pro dilancarkan di Malaysia, Harga bermula dari RM399

305
0

Telefon pintar Infinix Smart 8 Pro kini berada di Malaysia dengan harga jualannya bermula dari RM399. Hadir dengan pemprosesan MediaTek Helio G36, kapasiti memori dan storannya agak lumayan pada harga sebegini iaitu masing-masing 8GB dan 128GB.

Skrinnya pula hadri dengan paparan LCD 6.6-inci bersama-sama ciri unik Interactive Punch-Hole. Ia juga mempunyai tahap kecerahan puncak 500 nits dengan kadar penyegaran semula skrin 90Hz. Untuk audionya pula, bunyinya boleh dikuatkan sehingga 200%.

Selain itu, telefon pintar ini juga menyokong pengecasan melalui port USB-C. Untuk tempoh penggunaannya pula, ia mampu digunakan sehingga 39 jam untuk panggilan, 59 jam untuk main semula muzik, dan 36 jam untuk penstriman video.

Fotografinya pula, Infinix Smart 8 Pro menampilkan kamera Dual AI 50MP dengan pencahayaan gelung Flashlight dan satu kamera 8MP. Turut disediakan butang pengimbas cap jari pada bahagian sisi serta sokongan pengecaman wajah untuk menyahkunci peranti.

Anda yang berminat boleh mendapatkan Infinix Smart 8 Pro menerusi kedai dalam talian rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok Shop. Bersempena pelancarannya, Infinix menawarkan penghantaran secara percuma selama sebulan bermula dari 31 Januari 2024 sehingga 29 Februari 2024. Infinix Smart 8 Pro hadir dengan empat warna pilihan iaitu Shiny Gold, Timber Black, Galaxy White, dan Rainbow Blue.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.