Infinix telah melancarkan telefon pintar khusus permainan video baharunya, Infinix GT 50 Pro secara rasmi di pasaran Malaysia.
Peranti ini diperkenalkan untuk menawarkan kelancaran dan pengalaman tanpa gangguan kepada para pemain. Ia menampilkan teknologi sistem penyejukan cecair terbina dalam yang canggih berserta spesifikasi premium pada harga yang kompetitif.
Tumpuan utama bagi model baharu ini adalah seni bina penyejukan yang dinamakan sebagai HydroFlow Liquid Cooling. Teknologi ini direka untuk mengurangkan pengumpulan haba dengan cekap. Ia dilakukan dengan menggunakan sistem mikro-pam cecair yang melitupi cip pemprosesan utama peranti.
Penggunaan sistem mikro-pam ini membolehkan haba disebarkan dengan pantas. Sekali gus memastikan prestasi peranti kekal stabil. Dalam pada masa yang sama meminimumkan masalah penurunan prestasi (thermal throttling) walaupun ketika sesi permainan video yang panjang.
Menurut Pengarah Produk Infinix, Weiqi Nie, “GT 50 Pro merepresentasikan sinergi antara seni bina penyejukan generasi terbaharu Infinix dengan perisian yang dirancang secara teliti.”.
Spesifikasi

| Ciri | Spesifikasi |
|---|---|
| Skrin | AMOLED 6.78 inci, Resolusi 1.5K (1208 x 2644 piksel) |
| Kadar Segar Semula | Sehingga 144Hz dengan kadar pensampelan sentuhan segera sehingga 2800Hz |
| Kecerahan Maksimum | Sehingga 4,500 nits (kecerahan puncak) |
| Perlindungan Skrin | Kaca Corning Gorilla Glass 7i |
| Cipset Pemprosesan | MediaTek Dimensity 8400 Ultimate (4nm) dengan kelajuan sehingga 3.25GHz |
| Memori (RAM) | 12GB LPDDR5X |
| Storan Dalaman | Pilihan 256GB atau 512GB (UFS 4.0) |
| Kamera Belakang | Dwi-kamera: 50MP Utama (f/1.59, OIS, PDAF) + 8MP Sudut Ultra-Lebar (f/2.2, FOV 111.4°) |
| Kamera Hadapan | 13MP (f/2.2) |
| Bateri | 6,500mAh |
| Pengecasan | Pengecasan pantas berwayar (sehingga 45W), sokongan pengecasan wayarles 30W, dan ciri pengecasan pintasan (bypass charging) |
| Sistem Penyejukan | Sistem penyejukan cecair HydroFlow terbina dalam berserta 3D Vapor Chamber (keluasan 7700 mm²) |
| Sistem Operasi | Android 16 dengan XOS 16 |
| Sambungan | Rangkaian 5G (Cip Rangkaian N1), Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4, NFC, GPS |
| Ciri Tambahan | Butang picu permainan (trigger pressure-sensitive), pencahayaan LED RGB tersuai, ketahanan air dan habuk IP64, pengimbas cap jari dalam skrin, pembesar suara stereo |
| Ukuran & Berat | 162.44 × 77.23 × 8.15 mm; Berat 198g |
Infinix GT 50 Pro kini boleh didapati melalui pengedar sah dan kedai rasmi di Shopee, Lazada, serta TikTok Shop. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam (Black Abyss), Merah (Red Blaze), dan Perak (Silver Glacier), GT 50 Pro dijual pada harga RM1,899 untuk varian 256GB. Manakala varian tertinggi 512GB pula berharga RM2,199.











