Infinix telah mengumumkan Infinix GT 50 Pro akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada minggu hadapan. Telefon pintar yang memfokuskan permainan mudah alih baharu ini bakal menampilkan sistem penyejukan cecair terbina dalam bagi pengurusan haba yang lebih berkesan.
Siri Infinix GT sememangnya merupakan barisan peranti pintar yang memfokuskan segmen permua. Model terdahulunya dilancarkan pada September tahun lalu.
Kini syarikat tersebut sedang mengembangkan barisan siri berkenaan dengan memperkenalkan GT 50 Pro yang akan menembusi pasaran tempatan tidak lama lagi.
Menurut Infinix, peranti baharu ini berkesinambungan kepada model GT 30 Pro. Ia menjanjikan pelbagai penambahbaikan yang signifikan, khususnya dari sudut prestasi dan kawalan haba.
Infinix GT 50 Pro hadir dengan Sistem Penyejukan Cecair (Liquid Cooling System). Teknologi pengurusan terma ini direka bagi memastikan suhu peranti terkawal semasa sesi permainan yang intensif.
Dalam pada masa yang sama, ia menawarkan keupayaan pemprosesan dan prestasi keseluruhan yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya, Infinix GT 30 Pro.
Kehadiran Infinix GT 50 Pro dijangka dapat memenuhi kehendak serta keperluan prestasi tinggi oleh golongan pemain mudah alih.
Maklumat lanjut mengenai tawaran harga, variasi yang tersedia, serta spesifikasi penuh perkakasan dijangka akan diumumkan secara terperinci semasa majlis pelancarannya kelak.








