Utama Android Honor Keseronokan dan Produktiviti menggunakan HONOR Magic V2

Keseronokan dan Produktiviti menggunakan HONOR Magic V2

341
0

Telefon pintar boleh lipat baharu di pasaran Malaysia, HONOR Magic V2 yang dilancarkan pada Januari baru-baru ini telah membawakan perubahan baharu penggunaan telefon pintar. Rekaan skrin boleh lipatnya yang unik bukan sekadar ringan dan nipis, malah kukuh dengan penggunaan engsel yang diperbuat daripada titanium sebagaimana yang telah saya ulas sebelum ini.

Antara faktor yang amat wajar diketengahkan untuk telefon pintar boleh lipat seperti HONOR Magic V2 ini adalah pada ciri peningkatan produktiviti yang disediakan olehnya. Malah, ia merupakan salah satu faktor yang diambil kira bagi pengguna yang mementingkan produktiviti dari peranti mudah alih.

Ia mampu membuka sehingga empat tetingkap secara serentak selain mampu membahagikan skrin secara menegak atau melintang mengikut kesesuaian pengguna. Pendek kata, anda boleh melakukan aktiviti produktiviti menggunakan HONOR Magic V2 sama seperti sebuah tablet.

Bezanya, ‘tablet’ ini anda boleh lipat dan menyimpannya ke dalam poket anda!

Sesuai dengan keupayaan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 yang digunakannya, HONOR Magic V2 mampu menggalas tugas berbilang ini dengan lancar. Tambahan pula dengan RAM sehingga 16GB serta kapasiti storan 512GB ia sememangnya lebih dari cukup untuk dijadikan sebagai peranti produktiviti dalam poket anda.

Cara menggunakan split screen mode HONOR Magic V2

Untuk mengakses ke mod skrin terbelah (split screen mode)

  • Leretkan dari bucu luar ke belah dalam skrin (sama ada dari kiri atau dari kanan) dan tahankannya sehingga dok Multi-Window muncul
  • Heret ikon aplikasi dari dok Multi-Window berkenaan dan sebaik sahaja aplikasi tersebut dileretkan, skrin HONOR Magic V2 akan terbahagi kepada dua.
  • Anda boleh juga mengheret satu lagi aplikasi untuk menjadikan tiga aplikasi dijalankan secara serentak dalam satu-satu masa.

Untuk keluar dari mod skrin terbelah ini, sentuh dan pegang pada garis tengah skrin terbelah ini dan heretkannya sehingga kedua-dua sisi hilang.

Dapatkan HONOR Magic V2 pada harga RM6,999 di HONOR Online Store sekarang. Bersempena pelancarannya, HONOR turut menawarkan cenderahati bernilai sehingga RM2,247 selagi stok masih ada.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.