Utama Android Huawei Huawei P50 Pro akan datang ke Malaysia tidak berapa lama lagi, Tapi...

Huawei P50 Pro akan datang ke Malaysia tidak berapa lama lagi, Tapi tanpa sokongan 5G

100
0
Huawei P50 Pro Malaysia

Kali terakhir Huawei melancarkan telefon pintar mercunya di pasaran Malaysia adalah lebih kurang setahun yang lalu. Dalam keadaan kekurangan bekalan cip serta sekatan dari AS yang masih lagi berjalan, Huawei P50 tetap juga dilancarkan di China pada Julai lalu.

Kini, Huawei telah mengacah dengan pelancaran Huawei P50 Pro ke pasaran Malaysia tidak berapa lama lagi.

Di China, P50 Pro hadir dengan pilihan cipset sama ada Kirin 9000 atau Snapdragon 888. Berdasarkan laman produknya di Malaysia, Huawei P50 Pro akan menggunakan cipset Snapdragon 888 dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Warna yang akan ditawarkannya pula adalah Cocoa Gold dan Golden Black.Huawei P50 Pro

Melalui paparan dwi-lengkungan OLED 6.6-inci beresolusi 2700 x 1228, ia berkeupayaan memberikan kadar penyegaran semula setinggi 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz.

Dari segi kamera pula, telefon baharu Huawei ini menawarkan kuad-kamera dengan sensor 50MP f/1.8 sebagai kamera utamanya. Turut bergandingan dengannya, kamera mono 40MP f/1.6, ultra lebar 13MP f/2.2 dan telefoto 64MP yang menyokong zum digital 100x dan zum optikal 3.5xx. Bagi kamera hadapannya pula, disediakan kamera 13MP pada bahagian berpenebuk lubang di sebelah atas skrinnya.

Huawei P50 berkeumungkinan menjadi telefon Huawei terakhir yang menggunakan kamera usahasamanya dengan Leica. Ini memandangkan syarikat dari Jerman tersebut dikatakan akan menamatkan kerjasama dengan Huawei. Leica baru-baru ini dilaporkan melancarkan telefon pintarnya sendiri dan terdapat juga ura-ura yang mereka sedang bekerjasama dengan Xiaomi.

Huawei P50 Pro tiada 5G

Dari segi ketersambungannya, Huawei P50 Pro menyokong sambungan Wi-Fi 6 802.11ax. Namun ketiadaan sokongan 5G bakal menjadi kekurangannya yang paling nyata bagi sesebuah telefon untuk kegunaan tahun 2022 kelak. Antara kekurangan telefon ini yang paling ketara adalah ketiadaan Google Mobile Services (GMS) untuk mengakses ke pelbagai perkhidmatan dan aplikasi kelolaan Google.

Menguasakan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 4,360mAh yang menyokong pengecasan Huawei SuperCharge 66W dan juga pengecasan nirwayar 50W. Telefon Huawei ini juga hadir dengan penarafan ketahanan air dan debu IP68.

Huawei Malaysia masih lagi belum mendedahkan tarikh pelancaran P50 Pro. Walaubagaimanapun, jurucakap Huawei memberitahu kepada Android Authority pada Oktober lalu bahawa telefon ini akan dilancarkan secara global pada 2022. Di China, Huawei P50 Pro berharga CNY 5,988 yang bersamaan RM3,984.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.