Utama Android Xiaomi Xiaomi 12 Ultra dikatakan bakal tampil dengan Sistem Kamera Leica

Xiaomi 12 Ultra dikatakan bakal tampil dengan Sistem Kamera Leica

Jika khabar ini benar-benar berlaku, Xiaomi akan menjadi pengeluar ketiga yang menggunakan jenama kamera dari Jerman terebut.

943
0
Huawei Mate X2 Leica Camera
Gambar hiasan, kamera Leica pada Huawei Mate X2

Dijangkakan Xiaomi akan mengumumkan barisan telefon pintar mercunya pada awal tahun hadapan. Menjelang tarikh tersebut, semakin banyak maklumat mengenainya telah muncul di internet.

Maklumat terbaru mendakwa siri yang dikatakan akan hadir sebagai Xiaomi 12 ini akan dilengkapkan dengan sistem kamera dari Leica, menurut Digital Chat Station melalui Weibo.

Menurut pentiris maklumat tersebut, Xiaomi dikatakan menandatangani kerjasama dengan pengeluar kamera dari Jerman berkenaan.

Ia dikatakan akan menggunakan jenama kamera terbabit pada varian Ultra siri telefon mercu Xiaomi tersebut. Tidak dipastikan fungsi apakah yang menerima manfaat dari usahasama dengna Leica ini pada sistem kamera telefon tersebut kelak.

Tidak dapat dipastikan sama ada maklumat yang ditiriskan ini adalah tepat atau tidak. Memandangkan tarikh pelancarannya kian hampir, dijangkakan lebih banyak maklumat tidak rasmi berkenaan Xiaomi 12 akan muncul di internet.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.