Utama Apple iPhone 14 Pro akan hadir dengan paparan berpenebuk lubang, gantikan takuk untuk...

iPhone 14 Pro akan hadir dengan paparan berpenebuk lubang, gantikan takuk untuk kamera depannya

709
0

iPhone 14 Pro dilaporkan akan hadir dengan paparan berpenebuk lubang bagi menempatkan kamera hadapan 48MP, menggantikan paparan bertakuk seperti model-model sebelumnya, lapor agensi berita Korea Selatan, The Elec.

Hanya iPhone 14 Pro 6.06-inci dan iPhone 14 Pro Max 6.7-inci sahaja yang akan hadir dengan rekabentuk baharu tersebut. Kedua-dua model tersebut juga dikatakan akan menggunakan skrin LTPO OLED 120Hz dari LG.

Model iPhone 14 bukan Pro yang lain bagaimanapun masih lagi mempunyai takuk dengan paparannya dibekalkan oleh BOE. Malah, tiada skrin LTPO serta kadar penyegaran semula 120Hz bagi model bukan Pro berkenaan.

Artikel berkenaan juga menjangkakan BOE akan mula membekalkan panel LTPO untuk iPhone 15 pada 2023 kelak. Apple juga dijangka akan membawakan iPhone SE yang diperbaharui pada 2022 dengan menambah keupayaan 5G tanpa mengubah aspek reka bentuk luarannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.