Utama Android Huawei Huawei P50, P50 Pro rasmi; Tampil Snapdragon 888, Kirin 9000, tetapi tanpa...

Huawei P50, P50 Pro rasmi; Tampil Snapdragon 888, Kirin 9000, tetapi tanpa 5G

200
0

Penantian kini berakhir apabila siri Huawei P50 dilancarkan secara rasminya. Hanya dua model sahaja diperkenalkan iaitu standard dan Pro. Tetapi kedua-duanya menampilkan kamera yang telah dipertingkatkan dan pemilihan cipset yang hebat.

Untuk kameranya, ia masih lagi kekal dengan jenama Leica dan kedua-dua model menampilkan 10 saluran sensor warna dan modul telefoto telah dipertingkatkan. P50 bergandingan dengan kamera utama yang sama iaitu sensor 50MP melalui lensa 23mm dengan apertur f/1.8 dan OIS.

Huawei P50 Pro juga memiliki kamera 40MP monokrom melalui lensa 26mm dan apertur f/1.6. Juga disediakan kamera ultra lebar 13MP melalui 13mm dan apertur f/2.2 yang turut dibantu oleh autofokus Laser.

Untuk mengezum, terdapat kamera periskop disediakan yang mempunyai panjang fokal 90mm bersamaan pembesaran 3.9x. Namun, melalui resolusi tinggi 64MP yang ditawarkan mampu melakukan zum digital sehingga 2,700mm. Ia juga mempunyai lensa berapertur f/3.5 dan OIS.

Huawei P50 juga mempunyai kamera periskopnya sendiri dan ini merupakan yang pertama ditawarkan pada model bukan Pro. Ia mempunyai panjang focal 125mm atau bersamaan zum 5x, melalui sensor 12MP pada lensa f/3.4 dengan OIS.

Model standard juga mempunyai lensa ultra lebar yang sedikit kecil iaitu 16mm dengan sensor 13MP. Untuk swafoto, kedua-dua model mempunyai kamera 13MP.

P50 Pro menampilkan teknologi XD Fusion Pro, sebuah sistem pelakuran imej yang menggandakan jumlah cahaya yang dikumpulkan dan meningkatkan julat dinamik sehingga 28%.

Kedua-dua model ini berkeupayaan merakamkan video pada kualiti 4K, namun tiada pilihan untuk 8K. Untuk rakaman gerak perlahan, kamera-kamera ini mampu merakam pada 1080p @ 960 fps.

Spesifikasi Huawei P50 Pro

Cukup kita bercerita mengenai kamera siri telefon pintar ini, kita tumpukan pada paparannya pula. Bagi Huawei P50 Pro, ia dilengkapkan dengan paparan AMOLED QHD+ 6.6-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan berskrin lengkung di sisinya.

Spesifikasi model Pro ini menyediakan pilihan cipset Snapdragon 888 atau Kirin 9000, serta pilihan memori sehingga 12GB dan storan dalaman hingga 512GB. Melalui bateri berkapasiti 4,360mAh yang boleh dicaskan semula secara berwayar sehingga 66W dan nirwayar sehingga 50W.

Spesifikasi Huawei P50

Seterusnya untuk Huawei P50, telefon ini mempunyai paparan AMOLED QHD+ 6.5-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz. UNtuk spesifikasinya pula, ia mempunyai cipset Snapdragon 888 yang bergandingan dengan RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Baterinya pula mempunyai kapasiti 4,100mAh yang menyokong pengecasan berwayar 66W.

Harga Huawei P50 akan ditawarkan pada harga dari RMB 4488 (~RM2988) bagi varian RAM 8GB dan storan 128GB. Huawei P50 Pro akan mula dijual pada harga dari RMB 5899 (~RM3871) bagi varian RAM 8GB dan storan 128GB.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.