Utama Mobile Android Huawei mungkin guna nama ‘Ark OS’ untuk OS menggantikan Android

Huawei mungkin guna nama ‘Ark OS’ untuk OS menggantikan Android

867
0

Sungguhpun Huawei kini sedang bekerjasama rapat dengan Google mencari alternatif kepada sekatan A.S., kemungkinan besar Huawei diharamkan di A.S. untuk tempoh yang lama tetap ada. Oleh yang demikian, syarikat elektronik China ini sedang mempersiapkan perisian dan perkakasan dari teknologinya sendiri.

Sebuah sistem operasi menggantikan Android juga sedang diusahakan dan dijangka bakal disiapkan sekitar penghujung tahun ini.

Huawei baru-baru ini telah memohon untuk tanda perdagangan dengan Pejabat Hakmilik Intelek Kesatuan Eropah (European Union Intellectual Property Office, EUIPO). Permohonan untuk menggunakan tanda perdagangan “Huawei Ark OS” berkenaan telah diluluskan Jumaat lalu.

Nama berkenaan bagaimanapun bukanlah nama yang telah dimuktamadkan untuk digunakan. Dalam ketidaktentuan ini, masih banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh Huawei untuk memastikannya terus bertahan di dalam industri.

Sumber berita diperoleh dari Huawei Central.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.