Utama Mobile Android Asus umumkan Zenfone 6 Edition 30 dengan RAM 12GB, storan 512GB –...

Asus umumkan Zenfone 6 Edition 30 dengan RAM 12GB, storan 512GB – Sempena Meraikan 30 tahun ASUS

625
0

Asus pada kebiasaannya menamakan peranti-peranti keluarannya dengan nama yang sama sungguhpun versi dan tahun keluarannya berbeza. Namun, tidak untuk Zenfone 6 kerana setakat ini hanya ada satu sahaja model telefon yang menggunakan nama tersebut.

Untuk itu, Asus telah mengumumkan Zenfone 6 Edition 30, bersempena acara Computex di Taiwan. Berbeza dengan model-model kebiasaan Asus yang menggunakan nama yang sama untuk keluaran yang berbeza, telefon ini dilancarkan bersempena meraikan ulang tahun ke-30 Asus.

Atas sebab itu juga, telefon ini merupakan edisi terhad – hanya 3,000 yang akan dikeluarkan. Hadir dengan faedah VIP dan jaminan 30 bulan eksklusif, Zenfone 6 Edition 30 dilengkapi dengan RAM 12GB dan storan terbina dalam 512GB.

Dari segi rupa luaran, telefon ini menawarkan warna eksklusif Matte Black, dengan “corak lingkaran yang diilhamkan dari falsafah Zen” dan “logo tersendiri Edition 30”.

Tidak ketinggalan, Zenfone 6 Edition 30 turut menawarkan kamera flip yang mengagumkan dengan penderia utama Sony IMX586 48 MP dan lensa 13 MP ultra-lebar dengan bersudut 125 darjah. Gabungan dua kamera ini telah mencatatkan rekod yang baik di DxOMark.

Selain itu, telefon pintar ini menggunakan cipset Snapdragon 855, bateri 5,000 mAh, dan Android 9 Pie, bersama-sama paparan 6.4-inci 1080p+ tanpa takuk.

Sumber berita diperoleh dari Engadget

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.